Welcome!

Read at your own risk.

Sunday, November 14, 2010

Teori Konspirasi Dunia-Mohd.Alimuddin Zafrullah

assalamualaikum.


baru bukak facebook beberapa ketika tadi, terbaca notes yang kawan se Jaypeeps nax post. subhanallah. memang membuka mata.

**ini adalah pandangan semata-mata, timbang tara lah dengan kemampuan otak sendiri. lihat buruk baiknya, mahu terima atau tidak, terpulang.

TEORI KONSPIRASI 2012. TERJAWAB?
oleh Muhammad Alimuddin Zafrullah

2012. Kehancuran dunia, anda percaya?

Secara peribadi, saya sendiri percaya akan kehancuran dunia. Pasti.

Namun, kebelakangan ini saya memerhatikan, secara diam-diam, ramai yang mula termakan umpan yang dipasang oleh golongan tertentu. Umpan yang menyatakan kehancuran dunia pasti datang pada tahun 2012.

Pada 21 Disember 2012 iaitu pada solstis musim sejuk, sebuah planet yang dinamakan Planet X (juga dikenali sebagai Planet Nibiru) akan melintasi Bumi -- fenomena ini akan menyebabkan perlanggaran kedua-dua belah planet.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kehancuran dunia pasti akan datang. Semuanya berdasarkan kepercayaan saya dan keyakinan terhadap salah satu daripada Rukun Iman iaitu: "Beriman (percaya) kepada Hari Akhirat".

Namun begitu, saya tidaklah begitu naif dan buta untuk percaya bahawa kehancuran tersebut akan tiba pada tahun 2012 secara pastinya.

Sememangnya kehancuran dunia (Hari Akhirat) itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jika Allah Azza Wa Jalla telah menetapkan waktu kejadiannya pada tahun 2012, maka waktu itu jugalah kejadian itu akan berlaku.

Namun, untuk percaya kejadian itu akan berlaku pada tahun 2012 atas dasar umpan yang telah dipasang oleh golongan-golongan tertentu, akidah kita mampu terpesong. Na'uzubillah.

Sebaliknya, percayalah bahawa kehancuran dunia itu boleh (tidak semestinya akan) berlaku pada tahun 2012, atau bila-bila masa sahaja atas dasar kepercayaan kita terhadap kekuasaan Allah.


Di sebalik teori konspirasi 2012.

Pada 21 Disember 2012 iaitu pada solstis musim sejuk, sebuah planet yang dinamakan Planet X (juga dikenali sebagai Planet Nibiru) akan melintasi Bumi -- fenomena ini akan menyebabkan perlanggaran kedua-dua belah planet.

Teori ini nampak remeh dan bodoh, bukan?

Namun, objektif dan penglipurlara di sebalik teori ini amatlah bahaya.


Siapakah yang mengasaskan teori ini?

Pada asalnya, teori ini berasal daripada Nancy Lieder pada tahun 1995, pengasas laman web ZetaTalk.

Beliau menyatakan bahawa sewaktu kecil beliau telah berhubung dengan makhluk asing yang dikenali sebagai Zeta (juga Zetas) yang berasal dari sistem bintang Zeta Reticuli. Beliau juga menyatakan bahwa sebuah alat komunikasi juga telah diletakkan di dalam otaknya oleh makhluk asing tersebut.

Nancy Lieder menyatakan bahawa sebuah objek sebesar sebuah planet (beliau kemudiannya menyatakannya sebagai Planet X menurut nama dan kajian seorang saintis iaitu Percival Lowell) akan memasuki sistem solar kita (pada Mei 2003) dan menyebabkan planet kita ini mengalami perubahan kutub yang akan membawa kemusnahan kepada kebanyakan manusia.

Namun, ini hanyalah asas kepada teori konspirasi 2012. Boleh juga dikatakan antara umpan yang telah dipasang oleh golongan-golongan tertentu.

Asalnya Nancy Lieder menyatakan kejadian tersebut akan berlaku pada Mei 2003. Setelah tarikh tersebut, beliau telah memberi sedikit justifikasi (sebab) mengapa kejadian itu tidak berlaku seperti yang dinyatakan (terlalu panjang untuk dinyatakan di sini).

Hakikatnya, umpan pertama ini menyatakan tentang cara kehancuran tersebut berlaku iaitu melalui kemasukan sesuatu objek besar ke dalam sistem solar kita. 


Planet X.

Umpan seterusnya pula ialah mengenai objek yang akan memasuki sistem solar kita. Planet X!

Ada golongan yang menaakulkan bahawa Planet X yang dinyatakan oleh Nancy Lieder adalah Planet Nibiru (sebuah planet yang dinyatakan oleh Zecharia Sitchin melalui kajiannya).

Menurut teori konspirasi 2012 ini, Planet Nibiru ini sebenarnya adalah sebuah planet yang termasuk di dalam sistem solar kita (posisi planet ini lebih jauh daripada Neptun). Orbitnya besar dan berbentuk bujur, menyebabkan Planet Nibiru mengambil masa lebih kurang 3,600 tahun untuk membuat edaran lengkap mengelilingi matahari.

Zecharia Sitchin mendapat ilham mengenai Planet Nibiru melalui kajian beliau mengenai orang Sumeria iaitu kelompok manusia di dalam tamadun Mesopotamia.

Menurut beliau, Planet Nibiru (juga Planet Marduk) dahulunya berlanggar dengan Planet Tiamat (sebuah planet dahulunya berada antara Marikh dan Musytari). Pada asalnya, salah satu bulan Planet Nibiru telah berlanggar dengan Planet Tiamat dan menyebabkan Planet Tiamat terbelah dua.

Seterusnya, Planet Nibiru pula yang berlanggar dengan Planet Tiamat yang terbelah dua tersebut. Separuh daripada Planet Tiamat tersebut membentuk jalur asteroid (antara Marikh dan Musytari) dan separuh lagi membentuk Bumi.

Zecharia Sitchin juga menulis (berdasarkan sumber Sumeria),  Planet Nibiru didiami oleh Anunnaki iaitu dewa-dewi golongan Sumeria yang dikatakan 'tuhan' yang menciptakan manusia. Na'uzubillah.

Anunnaki juga dikaitkan oleh Zecharia Sitchin sebagai Nephilim yang terdapat di dalam Genesis (sebuah bab di dalam Perjanjian Lama kitab Injil).

Menurut beliau, Anunnaki adalah golongan makhluk asing yang tamadunnya telah berkembang sangat maju. Beliau menyatakan kononnya golongan ini telah berevolusi sewaktu planet mereka (Planet Nibiru) memasuki sistem solar.

Golongan Anunnaki kononnya sampai ke planet kita ini lebih kurang 450,000 tahun lalu dalam sebuah ekspidisi koloni ke Bumi. Mereka mencari mineral, terutamanya emas, yang dijumpai oleh Anunnaki di Afrika (kemungkinan Zecharia Sitchin mengaitkan Afrika kerana ada yang menyatakan Afrika merupakan tempat asal manusia).

Anunnaki yang menjadi dewa-dewi di Bumi kononnya adalah golongan pekerja bagi tamadun di Planet Nibiru. Merekalah yang mencari mineral dan emas tersebut. Akibat tidak berpuas hati dengan situasi pekerjaan mereka, Enki (Dewa Air dalam mitos Sumeria) mencadangkan agar mereka mencipta manusia. Na'uzubillah.

Manusia (Homo Sapiens) kemudiannya dicipta oleh mereka melalui kejuruteraan genetik iaitu dengan mencampurkan genetik mereka (makhluk asing) dengan genetik Homo Erektus (salah satu spesies hominid seperti beruk dalam Teori Evolusi Darwin) untuk menggantikan kerja mereka.

Dapat kita lihat umpan kedua iaitu Planet X atau Planet Nibiru ini agak remeh pada luarnya namun membawa racun yang mendalam dan membunuh jika kita lihat secara lebih spesifik!


21 Disember 2012.

Umpan yang ketiga pula adalah tarikh 21 Disember 2012, atau secara amnya tahun 2012.

Perlu kita ketahui bahawa tarikh spesifik 21 Disember 2012, atau kurang spesifik Disember 2012, atau secara amnya tahun 2012 telah diramalkan sebagai waktu kehancuran dunia oleh beberapa ramalan:

  • Tamadun Maya melalui kalendar mereka.
  • Agama Hopi di benua Amerika.
  • Tamadun Aztec.
  • Tamadun Inca.
  • Ramalan Sybil.
  • Ramalan Merlin dan Mother Shipton.
  • Ada juga yang menyatakan ramalan Nostradamus.
Mengapa tarikh ini menjadi ramalan? Adakah tarikh ini sememangnya saat berlakunya kehancuran dunia? Wallahualam.

Saya sendiri tidak menjumpai jawapan mengenai tarikh ini (namun saya akan terus mengkaji). Namun, berdasar kajian saya sementara ini, 2012 ada banyak kaitan dengan Illuminati.


Siapa itu Illuminati?

Sejak awal saya ada menyatakan 'golongan-golongan tertentu'. Mereka yang saya maksudkan adalah golongan Illuminati iaitu golongan penyembah syaitan.

Teori konspirasi 2012 ini sebenarnya banyak berkaitan dengan golongan Illuminati dan Freemason (sebenarnya, Illuminati telah bergabung bersama Freemason dan The Knights Templar untuk mencapai objektif mereka).

Golongan ini secara amnya ingin mencipta 'New World Order'. Sebuah sistem pemerintahan dunia yang mereka asaskan di bawah satu pemerintahan dan satu agama (dalam kes ini tiada agama iaitu atheisme) atau mengamalkan penyembahan syaitan.

Namun, mengapa golongan ini (kemungkinan besarnya) mencipta teori konspirasi 2012?

Jelas sudah kita dapat lihat melalui teori ini, mereka telah menanam dalam minda kita mengenai kewujudan Planet Nibiru. Secara tidak langsung kita mempercayai kewujudan Anunnaki (makhluk asing sebagai dewa-dewi).

Maka, melalui fahaman yang cuba disebarkan oleh mereka ini, mereka cuba menghapuskan kepercayaan kita semua (tidak kiralah kita ini beragama Islam, Kristian, Buddha dan apa sekalipun) mengenai kewujudan Tuhan.

Di samping itu, ada juga yang menyatakan mereka menetapkan tarikh teori konspirasi tersebut untuk menutup sebuah projek besar mereka pada tahun 2012. Wallahualam.


15 Ramadhan, 2012.

Kini, saya juga ada ternampak di facebook rakan-rakan mengenai tarikh di atas. Mengenai kedatangan Hari Kiamat pada tarikh 15 Ramadhan, 2012 Masihi bersamaan dengan hari Jumaat.

Sememangnya hanya Allah Maha Mengetahui. Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jika benar telah ditetapkan olehNya pada waktu itu, maka waktu itu jugalah Israfil akan meniup sangka kala.

Melalui teori baharu iaitu tarikh 15 Ramadhan, 2012 Masihi (15hb Ogos), ada juga yang mendapat keinsafan. Bagus! Namun, janganlah mata kita tertutup dengan menerima sesuatu itu secara membabi buta. Jangan termakan umpan-umpan mereka.

Bukannya untuk bersangka buruk tetapi seperti ada bau yang tidak sedap muncul dari pernyataan baharu tersebut kerana mereka tetap termakan umpan pertama dan kedua iaitu mengenai Planet X (Planet Nibiru atau Marduk).

Sama-samalah kita renungkan. Janganlah terima apa yang saya tulis ini secara membabi buta tetapi buatlah penilaian sebaik mungkin. Bukan untuk kritikan tetapi sebagai perkongsian. Assalamualaikum.

**Ejaan Anunnaki kadangkala adalah Annunaki


aku : lapar. PIZZA anyone? ^^

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting