Welcome!

Read at your own risk.

Monday, November 21, 2011

30 days challenge : Day 8 - Your dream wedding

assalamualaikum


Hello hello hai semuanya. mood menulis kembali segar bugar memekar. haha. kita teruskan dengan 30 days challenge untuk hari ke 8.

hari ke-8 membawa topik "perkahwinan impian saya". wow. tau tau je nax nak kawen kan uols, terus buat topik ni. walaupun skip beberapa hari atas sebab kebizian melanda hujung minggu nax ok. bizi dengan bengkel debat and uruskan segala assignment dan jugak presentation yang melambak lambak.

ok back to topic. ohooooo. my dream wedding.

suprisingly for a person with a MakDat personality like me, i prefer a simpler wedding.

yang paling penting, orang yg akan membacakan akad nikah nanti adalah abah nax sendiri. takmau tok kadi segala. abah yang akan salam tangan my husband to be tu nanti. itu paling penting.

keduanya, takmau bersanding. bersanding tu kan adat and ianya meniru adat agama lain. jadi tak elok. lagipun, buang duit je la nak hias pelamin entahpapa. daripada buang duit ribu riban buat pelamin vogue. dahtu roboh balik. duit buang macam tu je. lebih baik duit tu buat travel kan. 3 ribu boley melancong ke Sydney okeh.

next, kalau bley taknak lah buat grand sangat. memanglah, kahwin tu hanya sekali. tp kalau kita tengok balik, apakah keperluan perkahwinan itu sendiri. persediaan dari segi mental yang penting, bukan persediaan dari segi majlis grand yang menelan belanja sampai 20-30k. kalau fikir macam tu memang sampai ke tua la tak mampu nak kawen. kerja sebab nak kumpul duit utk kawen je. hilang la keseronokan bekerja macam tu, betul tak? biarlah majlis tu sederhana, bukankah islam mengajar kita bersederhana? cukup bagi nax, majlis akad nikah and sedikit majlis kesyukuran. itu dah memadai.

perkahwinan, yang penting adalah persediaan penting. takperlu fikir banyak, apa yg perlu kita tanya diri kita adalah, BERSEDIAKAH KITA MENGHABISKAN SEUMUR HIDUP KITA DENGAN PASANGAN KITA. kalau kita jumpa jawapannya, insyaAllah kemampuan dari segi fizikal, duit dan jugak mental akan datang selepas selepas itu.

so, i think that's pretty much it. my dream wedding : a simple wedding :)

1 gossip gossip:

P A U L I N E said...

amboi.. sudah bersedia utk dikahwinkan nie.. =)

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting