Welcome!

Read at your own risk.

Wednesday, December 28, 2011

study madness.

assalamualaikum

study week has started last 4 days and i just started revising biochemistry. not including the metabolism and stuff. huhu. surprisingly, nowadays naz dah semakin rajin belajar.kalau nak compare time matrik dulu la. sekarang dah start study lebih awal. kalau dulu, 3 hari before final baru nak terhegeh-hegeh bukak buku.

mungkin dah masuk uni ni, pemikiran dah makin matang, matlamat dah makin jelas. banyak perkara yang naz perlu buktikan kepada manusia di sekeliling naz. dan banyak benda yang naz nak capai sementara berada di alam universiti ni.

tahun 2011 dah berakhir. dalam tahun ni sahaja naz mengalami 2 alam yang berbeza ; alam matrik dan alam universiti. baru bulan april yang lepas naz bersiap siaga untuk menjawab final exam untuk sem kedua (dan terakhir) di matrik, dan 8 bulan kemudian, which is now, naz sedang bertungkus lumus (kononnya) untuk final sem pertama di universiti.

dalam masa setahun ni macam-macam yang dah jadi, macam-macam yang berubah. dunia pun dah berubah sekarang. dan naz pun rasa diri naz sendiri pun dah berubah, dan ada perubahan yang berlaku agak ketara, ada yang naz sendiri pun tak perasan.

sekarang ni, naz berusaha untuk convince diri naz sendiri untuk yakin bahawasanya dean list itu akan dapat naz capai, InsyaAllah.

adunan istimewa, mantap lagi berkesan yang diperlukan untuk mendapatkan dean list?

1. Usaha dan terus usaha.
Pantang mengalah, pantang mengeluh. sila usaha sepenuhnya, dengan penuh ikhlas dan yang penting istiqamah. seseorang mengajar naz,jangan putus asa dalam berusaha, jangan katakan sesuatu itu susah (walau hakikatnya memang susah), cuba letak dalam minda bahawa perkara itu senang, dan insyaAllah, minda akan cuba sebanyak mana cara pun untuk memudahkan kesusahan yang terbentang itu. kuncinya, usaha. insyaAllah, lingkaran kesukaran itu akan terungkai.

2. Doa dan terus berdoa.
Senjata mukmin terhebat sudah pasti doa, penyerahan diri pada yang Esa. usaha yang mantap tanpa diiringi dengan doa, mungkin satu usaha yang kurang berkat dan boleh jadi usaha yang sia-sia. jangan lupa untuk merendahkan diri, meminta dan memohon kasih dan sayang Dia yang Memberi Kejayaan, moga kejayaan itu milik kita, moga usaha-usaha sepanjang perjuangan kita dipenuhi dengan redha dan berkatNya. sudah pasti doa yang terbaik datangnya selepas ibadah yang penuh tawaduk. maka,doa dan berserahlah pada Allah, dan kita pasti siap untuk menempuhi apa pun medan pertempuran.

3. Yakin boleh dan terus yakin.
keyakinan adalah elemen penting dalam kita meneruskan usaha kita. untuk usaha yang berterusan, kita perlu yakin bahawa usaha yang kita lakukan itu akan ada imbalannya nanti ; dengan syarat usaha itu juga disertakan dengan doa. usaha, doa tapi tidak yakin, kurang berkesan. usaha, doa dan yakin, sangat berkesan. kita yakin kita boleh berdiri, berusaha untuk berdiri, doa pada Allah untuk berikan kekuatan pada kita untuk berdiri, InsyaAllah, kaki yang tempang pun mampu lurus dan berjalan seperti biasa :)

ada usaha, ada doa, ada keyakinan. nah! kita sudah ada senjata, perisai dan strategi yang terbaik untuk mendepani apa sahaja pertempuran. berilah pertempuran waima semustahil mana pun, dengan adanya adunan ketiga2 itu, InsyaAllah, kita boleh!

dengan itu, doakan naz berjaya di medan Peperiksaan Akhir Semester, dan doakan naz untuk mendapat :

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting