Welcome!

Read at your own risk.

Monday, May 28, 2012

Pesan buat sahabat.

haihello~

minggu ni sangat tak berapa nak baik untuk naz. beberapa ujian telah melanda hati dan perasaan. sememangnya, seseorang hamba itu tidak akan di uji andai dia tidak mampu untuk melalui ujian itu. bukankah Allah itu maha pengasih? Ingat Nazirah, hidup ni adalah untuk kejar redha Allah, bukan nak puaskan hati orang sahaja, Allah yang paling penting yang paling perlu untuk kita puaskan.

well, last night would be the lowest point for me. terasa ujian pertama apabila naz cuba untuk berdakwah, menegur sahabat yang naz rasa tidak betul tingkahnya. mungkin cara naz yang salah, mungkin naz yang terlalu kasar. namun, pernah naz terbaca, sebenarnya Allah titipkan nasihat melalui manusia di sekeliling kita. maka jangan lah riak, dan terimalah segala nasihat yang diberikan, walaupun sakit untuk diterima

mungkin cara itulah Allah nak ingat kan naz untuk refleks semula kesalahan dan kesilapan naz sebelum ni. ya, naz bukan seorang yang baik pun sebelum ni. tidak pernah terlintas di fikiran naz untuk mengatakan bahawa naz ni seorang yang baik. siapalah kita untuk menghakimi baik jahatnya manusia melainkan Allah sahaja. mungkin jahat di mata kita, namun baik di mata Allah, dan sebaliknya. sekali lagi naz tekankan, naz bukanlah seorang yang baik.

menyedari hakikat itu, naz bangkit, cuba untuk melakukan perubahan, cuba untuk menjadi yang lebih baik. perubahan yang naz cuba lakukan, sikit demi sikit, ditempuhi dengan sukar. macam-macam ujian yang naz lalui.

ya, mungkin sekarang, naz nampak berseorangan, nampak seperti tiada kawan. bila naz menegur, naz sudah agak pasti naz dianggap cemburu. memang, sejak kebelakangan ni naz memang menjauhkan diri, mengasingkan diri. bukan kerana naz sombong mahupun tiada kawan. ada sahaja kawan yang menelefon dan bertanya kenapa, ada sahaja yang mengajak keluar. jika ingin, bila-bila masa sahaja naz boleh keluar. tiada masalah. cuma, fahamilah sahabat, perubahan bukan hanya di luaran, bukan sekadar penampilan, bukan sekadar berapa rajin solat yang didirikan. perubahan itu akarnya hati, hati ini yang terlebih dahulu perlu dijaga. dari hati maka, istiqamah untuk menjaga aurat dan ibadat pasti mudah untuk dilakukan. bukan, tidak sekali pun terlintas untuk naz katakan naz ni baik, mahupun ingin menunjuk baik.

ingatlah, sahabat, sememangnya liang lahat itu berbeza, kita tidak akan dikuburkan di liang lahat yang sama, jangan lupa sahabat, di padang masyhar nanti, kita akan bersama-sama dihadapkan di hadapan Dia. dan ketika itulah, ringan jari menunding-nunding. kenapa kau begini wahai si fulan? jawabnya nanti, kerana si fulan tidak menegurku sedangkan itu tanggungjawab nya terhadapku, saudara seislamnya.

nauzubillah, itu yang naz tak mau, sahabat. tanggungjawab naz untuk tegur kalian semua, bukan kerana naz nak tunjuk naz baik, tapi naz sekadar melakukan tanggungjawab yang terpikul selaku khalifah Allah. ingat sahabat, untuk jadi mukmin, bukan hanya ada hablum minallah sahaja, tapi ia seiring dengan hablum minannas.

tipulah jika dikatakan naz tidak terguris dengan tohmahan yang dilempar, tapi naz terima. mungkin itulah kebenarannya. tapi percayalah sahabat, itu semua adalah sejarah lama yang sudah naz lipat seeloknya, naz simpan dan tak teringin untuk naz bongkar kembali. sememangnya kita belajar dari sejarah, namun jangan kita biarkan sejarah itu memasung kaki kita dari melangkah ke hadapan.

naz sedih, sahabat. sedih melihat kalian semua jauh dari Allah. di mana sahabat naz yang dahulu, yang ceria? yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain? yang sentiasa menghulur tangan tika diperlukan? kenapa kita jadi begini, sahabat? kenapa kalian jadi begini sahabat?

naz sudah temui kegembiraan itu, ketenangan hati itu. bukan, bukan seorang lelaki kacak tampan dan kaya yang memberikannya, bukan jugak kelompok kawan yang ramai dan meriah yang jadi penyebabnya, bukan juga duit berkepuk yang memberikan kegembiraan itu. kegembiraan dan ketenangan itu naz peroleh dari Allah. beberapa minggu ni, bercinta dengan Allah sangat menggembirakan naz. kerana itulah acapkali kalian lihat naz menyendiri, bukan kerana masalah dengan yang lain, tapi naz terlalu ralit bercinta dengan Allah. bahagianya, tak terucap. buat pertama kalinya, naz tidak ramai kawan, tapi naz tenang dan bahagia! walaupun tinggal beberapa orang sahaja di sisi naz, tidur malam naz sentiasa lena, kerana Allah sentiasa menghiburkan hati naz. seronoknya, naz ingin kalian semua juga merasainya.

tapi sayang, niat naz di salah erti. ya, mungkin metod yang menjadi masalah. naz tidak tahu nak menyampaikannya bagaimana lagi, sahabat. berlapik naz sudah cuba, perlahan-lahan pun sudah naz cuba. masa semakin suntuk sahabat, naz takut naz menyesal andai nanti kita keluar dari pintu bilik ini, naz tak sempat menegur kalian semua. biarlah, naz jahat di mata kalian semua. biarlah kalian membenci naz, naz sudah jalankan tanggungjawab naz. fahamilah sahabat, kata-kata ini semua kerana naz sayangkan kalian semua, bukan kerana iri hati atau dengki

kerana apa naz perlu dengki dan cemburu? katakan, kebaikan yang kalian perolehi dari semua itu. keseronokan? berapa lama keseronokkan itu? semalam? sehari? esoknya, bangun dengan kepala sakit, tak sempat study untuk test, assignment tidak siap, itu yang kalian banggakan? itu yang perlu naz cemburukan? naz juga berseronok semasa kalian berseronok. naz berseronok membaca ayat-ayat cinta Allah, berseronok di tikar sejadah, Allah sangat pandai menghibur hati ini, sesuai dengan situasi. naz tenang, kehidupan naz mudah, urusan naz semuanya dipermudahkan kebelakangan ini. prestasi akademik juga meningkat, oh ya, rezeki pula tidak putus~ tidur malam naz lena, tidak perlu bingung memikirkan hari esok, kerana naz pasti Allah sudah menyusunnya sebaik mungkin. tidakkah kalian cemburu dengan naz? naz bahagia, walaupun kalian katakan naz tiada rakan seramai kalian. bahagiakah kalian sebagaimana naz bahagia? jujur, bahagiakah?

sahabat, kita diletakkan bersama, ada hikmahnya. ada sebabnya. tidak pernah sekalipun naz sesali kedatangan kalian di hidup naz. apabila kalian sudah masuk dalam hidup naz, menjadi sahabat naz, seumur hidup kalian tetap sahabat naz. kata-kata kesat menyakitkan hati, semua sudah naz maafkan awal-awal lagi, naz bukanlah seorang manusia yang suka menyimpan dendam mahupun sakit hati.

ampunkan naz juga, halalkan segalanya. yang termakan mahupun terpakai.

sahabat, kita di hantar ke universiti kerana amanah, amanah ibu bapa, amanah Allah. naz harap jangan jadi munafik ya, jangan hancurkan amanah yang dipikul di pundak kalian.

sehingga itu, semoga kita dipertemukan lagi sebagai sahabat sejati.

1 gossip gossip:

Anonymous said...

terima ksh ats perkongsiaan...naz biasa la x semua ap yg kita buat orng suka...enth la bila kita buat jht orng x suka buat baik pwn ad orng yg x suka...ap2 pwn biar kan dgn ap cemuhan yg naz dapat..ap yg penting terus lah dlm menegah kemungkaran n menegakkan kebenaran...biarlah orng x sayng kita tp hubungan kita dengan Allah terjaga...n ingt jgn penh ada rasa benci atau arah pada sesiapa pwn...kita terima setiap tegoran mahupwn cemohon dgn brpandgan positif....teruskan perjuangan mu sahabat.;-)

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting