Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, July 05, 2012

kehilangan

aduhh. kira agak lama jugak kan naz menyepi? sebabnya bizi final lepas tu kan bila balik rumah takde tenet plak. sekarang ni curi2 line kat restoren sebelah tempat kerja naz la.

oh ya, naz dah mula bekerja sekarang tau. jadi sales assistant sahaja, part time. daripada duduk rumah lepas tu terkengkang2 makan minum tidor gemuk ohhh bagus naz kerja. lagipun jadi sales assistant kat kedai perabot, sebelah tempat gerai sate mak ayah naz. seronok la jugak. kerjanya pun senang lagi mudah. duduk dan tunggu customer. kadang2 je bizi. lepas buat roadshow haritu, keadaaan di showroom dah semakin relax dan naz pun dah takde paperwork nak buat. kalai time roadshow tu banyak jugak paperwork kena hadap.

sekarang lepas kemaskan showroom, mop apa yang patut, naz dah boleh relax dan baca novel. 8 hours like dat. so sekarang sehari sebijik novel tau. macam2 novel dah naz baca. nasib baiklah kakak sulung naz ada koleksi novel yg banyak. makanya dialah jadi tukang supply novel tak rasmi utk naz. hehe.

baiklah. naz nak menikmati teh tarik berharga RM2.30 nih. mahaiiiiiiiii nya. biasalah kan, kedai cina. nak cakap apa lagi. semoga kita bertemu lagi di lain hari, jika kesempatan ada utk naz mencurik line tanpa beli apa2 lagi. kihkihkih. harini sangkut teh tarik, sangkanya takda yang ambik order. nasib. oklah, have a nice day, nice thursday!

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting