Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, July 12, 2012

mimik raon.

hye,

sekali lagi cerita pasal mimik raon setelah beliau mengisi entry sebelum ini.

ini kisah mimik raon.

mimik raon adalah kucing kepunyaan anak buah naz. tahukah anda, mimik raon bukan seekor?

Mimik raon wujud sejak anak buah naz yang first tu lahir. pada mulanya kucing tu dengan tak malunya selalulah menjemput diri sendiri masuk ke rumah si fatihah tu untuk mengiau mintak makanan. namun kucing itu cukuppppppplah sopan, dia hanya mengiau, meminta dengan penuh budi bahasa sehingga dia diberi makanan. sejak itu selalulah dia membuat kunjungan tidak rasmi mencemar duli datang ke rumah tersebut.

maka secara rasminya beliau telah ditabal selaku kucing peliharaan si fatihah dan diberikan gelaran Raon. kenapa Raon? itu semua kerja abah naz. dia kata, kucing itu mukanya sangatlah bulat, badan pun besar, lagi besar dari si fatihah yang masa itu baru pandai-pandai nak bertatih. oleh kerana kebulatan mukanya, maka abah pun asyik menggelarnya Raon. iaitu bahasa dahulu kala zaman British menjajah yang digunakan oleh nenek moyang naz, Round. Round beerti bulat, muka kucing itu bulat maka digelarlah Raon.

seperti lazimnya kucing di dalam keluarga naz akan diberikan surname Mimik. maka disitulah lahirnya nama Mimik Raon. si fatihah ni memang sayang kat mimik raon ni. bila makan berteman, bersuap lagi! mimik raon lah kawan baik si fatihah. mimik raon pun nampaknya sayang jugak dengan si fatihah ni.

namun, hujan hanya sejam, matahari memanas sampai ke malam. #eh? Mimik raon pun mati. si fatihah yang belum faham dunia, tercari-cari si mimik raon.

namun, miracle, miracle. tiba2 ada seekor lagi kucing bermuka bulat datang berkunjung ke rumah itu. si fatihah yang menyangkakan kwn baiknya itu hilang dan muncul pun mengangkat kucing itu menjadi mimik raon, maka itulah ceritanya wujud mimik raon yang ke 2. adakah itu sebenarnya betul2 mimik raon? BUKAN, macam mana kami pasti? sebab mimik raon I berwarna hitam putih dan mimik raon II berwarna kuning putih.

dan sejak itu setiap kali mimik raon mati, akan ada mimik raon baru datang menggantikan tempatnya. hingga sekarang, even adik kepada fatihah, si faqihah pun ada mimik raonnya sendiri.

semua berlainan warna. kecuali satu, mukanya yang ROUND.

maka mereka live happily until their death ever after.

this is when i have absolutely no good idea on what to blog. sorry for the stupid entry. chiao.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting