Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, September 20, 2012

Selamat Tinggal

Selamat Tinggal.

dua patah perkataan yang tiada siapa pun suka. in any given conditions pun,saying Good Bye would be the last option, isnt it? Dua patah perkataan yang amat-amat memeritkan.

Selamat Tinggal.

macam jalan penyelesaian yang bagus. lari jauh-jauh dan tinggalkan segala apa yang kita tidak suka. yang buat kita rasa rimas. yang buat kita sakit hati. yang hitam. segala yang tak elok.

Selamat Tinggal.

semacam satu perkara sinonim. selamat tinggal dan semoga berjaya dengan kehidupan selepas saya. kehidupan selepas kita.

selamat tinggal kali ini berkaitan dengan hati dan perasaan. kisah cinta yang telah berakhir. kisah cinta yang sudah bernoktah.

lama sudah hati ini ucapkan selamat tinggal kepada dia. dia yang merobek hati dan perasaan ini. Dia yang bahagikan hati dia, dia yang berjanji akan memberikan sepenuh raga kepada diri ini namun penghujungnya cinta dia berbahagi-bahagi. dia yang, kali terakhir ditemui, yang selamat tinggal sah sehingga kini, sedang berada di pelukan hati orang lain.

selamat tinggal itu diucapkan dengan hati yang retak berkaca-kaca. dia yang diharap mampu menjadi pembina mahligai bahagia. dia yang diharap mampu jadi pengemudi layar cinta. kapal yang belum siap dibina sudah pun karam di persinggahan.

selamat tinggal. hati ini nekad mengucapkan selamat tinggal. dan hati ini tekad, bulat untuk mengempang air mata ini biar tidak tumpah lagi. bukan untuk dia, sekurang-kurangnya.

Selamat Tinggal.

hanya hati ini yang ucap selamat tinggal. hati yang dia telah bahagikan itu rupanya belum mengucapkan selamat tinggal. dia, kata, hati dia masih tertinggal untuk diri ini. secebis kenangan itulah yang dia pegang sehingga kini. walaupun jasadnya sudah diikat dengan ijab dan kabul, dengan dua cahaya mata. dia memberi bukti bahawa cebisan hati masih ada untuk diri ini dengan mengabadikan nama ini pada buah cintanya yang kedua.

dan hati ini masih nekad, selamat tinggal kenangan. jika kau masih mahu berpaut pada memori silam, silakan. jika dengan mengabadikan nama ini pada puterimu membahagiakan mu, maka dengan rela hati aku membenarkan. namun untuk aku berpaling dan menuntun kau kembali dalam hidupku, itu mustahil. tidak akan.

kerana hati aku bukan sahaja sudah mengucapkan selamat tinggal, malah hati aku juga sudah dimiliki.

aku tidak punya hati, hati aku sudah aku berikan kepada orang lain. hati yang aku punyai sekarang adalah hati dia. Dia yang tercinta.

harap maklum.

Selamat Tinggal.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting