Welcome!

Read at your own risk.

Tuesday, September 18, 2012

UNEXPECTED

ada beberapa masa dalam kehidupan kita mesti kita akan melalui sesuatu yang kita sendiri tidak akan duga. para penjajah kata itu sesuatu yang "unexpected".

kan, selalu orang cakap expect the unexpected. dah namanya unexpected macam mana nak expect? naz sendiri pun tak tahu sebenarnya.

sebenarnya naz telah pun mengalami hujung minggu yang totally unexpected tau tak.

ceritanya macam ni. naz memang plan tau nak ke Bentong, nak ambil barang yang naz tinggalkan kat rumah uncle naz.

seminggu yang lepas naz memang tak sihat. keracunan makanan gamaknya. asyik muntah and cirit birit je. memang tak larat nak plan apa-apa pun. so, esoknya nak pergi baru beli tiket. tiket hari jumaat memang semua habis so terpaksala amek bas esoknya,sabtu.

dah esoknya plak, naz confidentlah call teksi, mintak hantar ke simpang gambang tu. call punya call, semua teksi takdak. mampuih. camna nak buat ni? so naz call la uncle naz. dia pun cakap kalau susah sangat tak payahlah pergi, nanti dia ada free dia hantarkanlah barang-barang naz ke UMP.

ok. satu masalah selesai. naz dengan otak blur fikir satu benda je. weekend kali ni panjang sebab isnin pun public holiday. takkan nak berhibernasi kat dalam bilik kan? lagipun hati masih lagi tertinggal kat KL.

maka naz pun nekad nak kutip balik hati yang tertinggal di KL. dengan langkah penuh blur and tak tahu nak buat apa pun nak keluar dari kolej kediaman. lepak kat bus stand depan KK3. lepas tu ada teksi lalu, naz pun naik, mntak hantar ke Kuantan.

dia charge RM30 bak hang lagi mahal dari tiket ke KL. mengarut je teksi kat gambang ni, kaut untung berlebih je dorang ni. naz dengan muka toya pun bayarlah 30 hengget. lepas tu turun kat terminal makmur, g cari-cari tiket. semua pukul 2. so amek tiket Bulan Restu pukul 2 petang. masa tu baru pukul 11.30. perut berkeriuk-keriuk maka naz pun menapak ke ECM then masuk Pizza Hut. lepas kenyang, habis satu ECM tu naz tawan dan jajah seorang diri. hasil penjajahan maka rembatlah blous sepasang dengan MP3 player sebijik. kihkihkih.

tepat 2pm bas pun gerak ke KL. naz ambil masa untuk tido and rehatkan kaki yang sakit menjelajah ECM. sambil-sambil try MP3 baru. baterinya tahan 2 jam je. benci betullah barang murah camni tapi yelah naz ni income tak besar makanya beli yang murah lah dulu ada rezeki amek sony walkman yerr. kihkihkihkih.

sampai-sampai je pekeliling, sekali lagi perut naz berkonsert so lepas solat Asar naz dengan En.A pun terus makan kan Express Ayam Penyet kat Time Square. Naz ambil Empal Combo and En.A amek Complete Combo. serius nasik ayam penyet kat situ sedap sangat. harga memang average RM15-RM20 lah sorang tapi ice lemon tea dia free refill. naz tak amek gamba sebab dengan segala hormatnya camera tinggal. blur punya pasal kan, semua benda nak ditinggalkan.

lepas jelajah Time Square, shop sana shop sini sampai sakit kaki, ktorang pun amek tren balik UKM. sampai ja kat stesen KTM, kawan En.A amek dan kitorang terus ke American Idol kat jalan Reko untuk berkaraoke. memang release habis lah tensen naz malam tu. seronok. lama sangat tak karok nih. terubat kempunan.

cerita hari ahad dengan isnin naz cerita lain kalilah. korang dah bosan kan nampak sangat muka dah boring, dah nak g tuka tab lain kan.

so. sampai sinisahajalah. bye manusia!

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting