Welcome!

Read at your own risk.

Friday, November 02, 2012

Rahsia

Assalamualaikum.

lama membiarkan ruangan blog ini diisi dengan entry-entry lama. bukan apa, manusia bernama Nazirah ni sesudah selesai bercuti korban, beliau sibuk dengan belajar-sampai-muntah dan juga peperiksaan-yang-tak-pernah habis. sebab tulah blog dibiarkan ketinggalan zaman tidak dikemaskini.

minggu depan ada lagi peperiksaan-tak-pandai-habis. ada dua lagi tu. so, hujung minggu naz akan dihabiskan dengan study dan study-sampai-muntah. bukan, bukan naz mengeluh. naz tahu, memang dah lumrah hidup sebagai mahasiswa, study itu wajib. study itu rutin. study itu amalan. study itu ruji. perlu buat, kalau boleh setiap jam, kalau tak berapa nak boleh, setiap hari, kalau memang tak boleh, setiap peperiksaan menjengah. suka atau tidak, kita sendiri yang mendaratkan kaki kita ke universiti dan menggelarkan diri kita mahasiswa mahasiswi maka haruslah kita study.

dalam study, naz sempatlah jugak menyelit-nyelit sedikit lah tengok movie and Kdrama bagai. aih, dah namanya naz, walau sibuk study macam mana pun, drama itu harus uols.

lepas tu, naz suka jugak blogwalking sikit-sikit. sekadar bersiar-siar di blog-blog orang. macam-macam cerita. walaupun kononnya perenggan panjang di atas sana memberitahu betapa sibuknya si Naz ni study. ada pulak masanya nak berjalan-jalan membaca blog.

seharusnya naz quote dan review entry yang menarik perhatian dan menusuk hati dan kalbu naz, bukan? Harus.

siapa? haruslah seorang ukhti?

yang mana? yang rapat dengan naz sejak sama-sama memegang tampuk pimpinan pelajar sewaktu di matrikulasi dahulu. baru terbaca entry yang di-post beliau semalam. haruslah naz review, makanya dah entrynya kali itu menusuk kalbu dan hatiku gitu.

katanya "ada benda yang boleh kita cerita kat orang, ada benda yang perlu kita simpan sendiri"

that is, what we call, personal space. haruslah naz faham mengenai yang satu itu kerana bagi naz personal space itu amat penting dalam usaha kita untuk memanusiakan diri kita. tentulah ada benda yang perlu kita simpan. setiap kita mesti ada simpan at least satu rahsia yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu kan? yang kita takkan cerita atau bagitahu kat seorang manusia kat dunia walaupun sejauh mana kerapatan kita dengan orang tu, bukan?cuba fikir. tipulah cakap tak ada. jangan risau, lumrah je semua tu.

mohon faham, naz tidak pernah cuba untuk memaksa atau meletakkan unsur paksaan untuk sesiapa pun, tak kira sejauh mana pun rapatnya hubungan beliau dengan naz, untuk menceritakan apa yang beliau tidak bersedia mahupun tidak sudi ceritakan. mungkin, ya mungkin, kata-katanya naz agak menjurus ke arah sebegitu namun pemahamanlah, tidak ada terniat di hati mahu memaksa. jika kalian mahu bercerita, telinga ini sedia menadah mendengar. betul ni, tak tipu punya.

dan iya, mungkin naz akan bagi response yang mengecewakan. tapi percayalah selalunya semua itu spontaneous. naz ni memang tak berapa nak pandai menyembunyikan apa yang naz rasa. so, naz ada tendency untuk react inaccordingly without realizing my response would hurt or make people have the wrong perception.

dan percayalah, no sides were taken while i'm hearing those stories from those people. none. percayalah yang satu ini.

kerana bagi naz, beliau dan beliau itu sudah cukup dewasa untuk berfikir dan menimbang tara. sudah cukup matang untuk melakukan keputusan. walau apa pun keputusan mereka, may i hate it or love it, i'll be behind them, supporting them. both of the side that is. no favorite favorite.

mata pun sudah mengantuk sungguhpun jam baru 8.40 malam. Running Man episod 117 pun sudah memanggil-manggil.

maka agenda untuk menonton Running Man sampai tertidur pun bakal bermula selepas ini.

semoga anda semua selamat bersama rahsia anda.

cantik kuku minah ni


selamat malam.

2 gossip gossip:

TYKA KECIK said...

. hai awk :) done follow awak
dari segmen 10 bL0g yg terAWAL :) congratee !!

Unknown said...

singgah si..folow gak..

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting