Welcome!

Read at your own risk.

Saturday, August 31, 2013

Minggu terakhir.

Esok adalah hari terakhir naz kerja

maybe lepas ni cuti memang tak kerja sini lagi kot. nak cuba tempat lain pulak. as much as I love this job sebab mana nak cari kerja lain yang boleh online memanjang kan and get paid to do so kan? but then the work hours is a bit tiring. 10am-7pm.

maybe lepas ni naz akan pecahkan taboo sendiri dengan mencuba untuk apply guru sandaran kalau applicable. masalahnya guru sandaran selalunya nak 3 months at least sedangkan cuti naz selalunya memang tak sampai pun 3 months. less than 2 months pun kadang-kadang. semuanya sebab kes paper lambat habis or sebab AIESEC stuff. and naz fikir dua kali gak nak balik cuti january nanti sebab on 29th january naz ada program and mengikut calendar cuti naz 17th January sampai 18th February kalau tak silap. mungkin naz akan ke kelantan. mungkin.

wahh pejam celik pejam celik tak terasa cuti dah makin habis. haiz. sekali lagi naz akan cakap cuti kali ini dihabiskan dengan sesuatu yang kurang bermakna. haiz. entahlah. takda memory sangat pun cuti kali ni, macam cuti-cuti lain. jeles jugak tengok orang lain spend holiday with travelling ataupun keluar dengan kawan-kawan.

bila fikir fikir balik baru sedar sebenarnya kan naz ni kan tak ramai kawan rupanya. I mean kawan ramai, yang rapat tu taklah ramai sangat. I learned over the past few months that I am more comfortable being an introvert. alamak! dah terbalik dah progress nye ni punnn. kenapa dari seorang yang extrovert naz boleh bertukar menjadi seorang yang introvert? aduhai. jangan ditanya sebab naz sendiri pun tak tahu jawapannya.

nak tahu ciri-ciri seorang introvert?

  • seorang yang hanya berminat pada perasaan dan fikiran mereka sendiri. mereka tidak berapa peduli dengan perasaan orang lain dan juga fikiran orang lain.
  • seorang yang memerlukan ruang mereka sendiri--tidak suka berkongsi ruang dengan orang lain
  • selalunya sorang yang introvert akan kelihatan sangat 'reserved', pendiam tetapi sangat thoughtful
  • selalunya tidak mempunyai ramai rakan
  • agak sukar untuk mereka membuat rakan baru
  • suka untuk fokus akan sesuatu, mempunyai daya konsentrasi yang sangat tinggi
  • suka suasana yang senyap dan sunyi
  • tidak suka rakan/sesiapa sahaja datang melawat mereka tanpa memberitahu terlebih dahulu dan jika mereka ingin melawat sesiapa, pasti mereka akan memberitahu terlebih dahulu, no unexpected visits
  • mereka bekerja dengan lebih efektif apabila pekerjaan yang dilakukan itu mereka lakukan seorang

well, I fit most of the characteristics though. not good. soooo not good.

tapi, bila dilihat ciri-ciri seorang extrovert,

  • sangat peka akan keadaan sekeliling mereka
  • bersifat terbuka dan ringan mulut
  • suka untuk membandingkan pendapat mereka dengan pendapat orang lain juga
  • mudah untuk membuat rakan baru
  • mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru
  • mereka akan menyuarakan apa yang mereka fikir
  • berminat akan orang baru 
  • namun mereka juga mudah untuk meleraikan hubungan baru kerana sikap mereka yang agak terbuka dan 'mulut lepas'
well, i fit in most of the characters too


then what that makes me? an in-ex-trovert???

lepas tulis entry ni baru sedar betapa konfiusnya diri ini

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting