Welcome!

Read at your own risk.

Sunday, September 08, 2013

One way ticket to the moon

Aku bangun pagi bukak mata hadap siling. siling warna putih, bukan warna coklat. oh, aku bukan di dalam bilik di rumah dah. aku kat kolej. pastu air mata laju-laju buat race nak tumpah ke pipi. benci.

bila bab berjauhan dengan keluarga walaupun aku ni dah 21 tahun, aku tetap cengeng. sebab bagi aku family matters and I can't stand being far away from them.

so sambil nak tunggu pejabat kolej bukak, makanya aku pun try la nak bukak sharing site uni aku ni. nampaknya semuaorangpun tengah tido, takde sharing yang bukak. makanya aku pun terilham nak update blog.

selalunya pagi-pagi macam ni aku dah siap sarapan dengan family lepas tu dok lepak depan tv sambil berbual-bual dengan mak/abah. pastu dalam pukul 11 dah keluar g hantar adik sekolah lepas tu mesti jenjalan. beli itu lah, inilah, ada je aktiviti nak dibuat di rumah.

bila dah sampai kolej jadi blur tak tahu nak menghabiskan baki hari ahad dengan apa. malam tadi siap unpacking dah. tak faham dengan mata sendiri tau, dalam bas kemain lagi aku ngantuk. betapa seksanya aku menahan diri dari tidak tido sebab takut terlepas bus stop ump tu ha. pastu bila dah sampai bilik sempat bual2 lagi ngn roomate aku kak jah, lepas mandi tetiba segar bugar. hehhhhh. sempatlah unpacking semua barang. tak banyak mana pun barang aku. aku pun musykil dah kenapa beratnye sampai 40kg. ada jin agaknya bertenggek.

pastu kan sambil aku taip-taip entry ni, ada satu lagu yang melekat kat dalam kepala aku. lagu kegemaran abah tau tak, dalam kereta mesti mau bukak lagu ni.

One way ticket to the moon, by Boney M.

lagu 80-an tu agaknya. tapi best lah jugak. taste music abah aku ni pelik-pelik jugak tp best tau. haha.

okeylah. aku nak g print segala benda yang perlu di print lepas tu aku nak g kolej daftar masuk.

nah aku bagi korang dengar lagu one way ticket ni


jangan salahkan aku kalau lagu ni stuck kat kepala korang, tendency utk benda tu terjadi sangat tinggi.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting