Welcome!

Read at your own risk.

Friday, November 01, 2013

alasan yang sama.

cukuplah sudah sebulan aku tinggalkan blog ni. entah kenapa. mungkin sebab asakan kerja yang banyak buat aku tak ada mood nak menulis.

idea selalu datang berterabur, tahu tak.

tengah-tengah lambat nak ke kelas pun tetiba aku ada idea macam mana nak mengisi lompong-lompong dalam Takdir Untuk Iman.

dah bukak dah tinggal nak ditulis sahaja lagi. tapi yalah, aku ni jenis kalau ada idea tu teruslah tulis, tapi disebabkan idea datang time kocoh-kocoh nak ke kelas memanglah aku tak tulis terus kan. bila dah ada masa nak menghadap pulak, baru dua tiga ayat tulis tiba-tiba mati akal. tak tahu macam mana nak teruskan.

aku rasa kan writer block aku ni lagiiiii dahsyat daripada writer block yang dialami oleh Calvin Weir-Fields dalam cerita Ruby Sparks. pernah tengok tak? kalau tak pernah lagi, pergi tengok. serious cerita tu best sangat. cara penceritaan dan konsep cerita memang best. dan sangat sweet!

huhu.

apa-apapun, selamat kembali November. seperti November yang lepas, November aku penuh dengan aktiviti. banyak perkara yang perlu diselesaikan.

dan aku perlu belajar bagaimana hendak menjadi lebih rajin dan kurang malas.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting