Welcome!

Read at your own risk.
Showing posts with label exammadness. Show all posts
Showing posts with label exammadness. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

mungkin tiada kimia antara kita.

*entri ditaip di saat manusia bernama nazirah ini sedang mencatat nota*

khamis ni ada test untuk Organic Chem Laboratory, Jumaat pulak test untuk Organic Chem Lecture. itu je la lagi yang tinggal. oh ya, hampir terlupa, final assesment untuk Technical English jugak akan diadakan pada hari Jumaat yang mendatang. makanya, naz agak relax sedikit minggu ni. assignment pun tinggal "se" je bak kata ore klate. organic punya esemen jugak. organic organic.

kalau tengok kat facebook seringkali akan tengok naz mengeluh pasal organic. oh. kenapakah? kerana manusia bernama Syarifah Nazirah ini sangat tidak expert dalam chemistry. minggu ni dipenuhi dengan test-test organic. aduhh. semangat nak belajar hampir 0. dah cuba, susah sikit nak faham.

sememangnya, mungkin, tiada kimia antara kita dan kimia. teehee.

on unrelated topic, tadi kan, naz tergerak hati nak bukak balik assignment TE yang naz dah buat. dah siap dah pun. tinggal nak buat dia punya esei je lagi. dengan terkejutnya naz bila naz bukak je folder TE, langsung takda folder final Assesment. rasa nak nangis je, sebab slides, gambar, video termasuk slide ayu pun semua dalam tu. satu folder hilang. yang peliknya, folder tu je yang hilang. and naz ingat lagi sebelum naz bagi pinjam pendrive kat particular friend of mine, benda tu masih ada lagi kat situ. bila naz amek balik, dah hilang. grrr. memang geram la.

kalau naz yang dulu, mesti dah maki hamun dia and paksa dia cari sampai dapat. memang tak la naz nak buat baru. penat kot, nak cari video, nak download video dengan kelajuan internet kolej yang entah apa-apa ni. haiz

tapi itu naz yang dulu.

sekarang, naz tanya elok-elok. try investigate. walaupun di hati rasa nak meletup tapi naz pujuk jugak hati. mungkin Allah nak bagitau yang hakikatnya slide yang naz buat tu tak cukup baik lagi. jadi naz perlu perbaiki lagi slide tu. naz cuba sabarkan hati, cuba berfikir positif. bersangka baik, itu yang buat naz rasa tenang lepas tu. Anggap je la semua ni ujian Allah

dah pastilah, bila Allah bagi ujian, Dia mesti tolong! alhamdulillah, sebelum ni naz buat slide 2 jam, baru tadi naz siapkan slide 45 minit je. Video pun laju je download. tak sampai 10 minute. tak guna software apa2pun, directly from keepvid. internet laju semacam je. tu tandanya Allah tolonglah mungkin. Alhamdulillah. thanks Allah!

baiklah, kerja dah siap. makanya naz nak sambung tengok Family Outing. jaljayo!

Monday, May 21, 2012

In Fight of Procrastination!!!!

mula-mula kan, nak amek gambar tau. sebab rasa macam membosankan plak blog naz ni asyik bebelan semata-mata. takde gambar. sheeeiisssh. tapi bila nak amek, camera mati. sebab habis batt. kesian. malas nak charge. nanti bila rasa perlu naz charge la ye.

well, sedikit demi sedikit, banyak kerja dan assignment yang tergendala dah siap. sekarang yang ada dalam checklist tinggal TE final assesment ngn Organic Chemistry written report. other than that, semua sudah siap. Alhamdulillah. boleh je siap sebenarnya, yang penting kita buat dengan penuh dedikasi.

naz cubalah satu taktik ni, nak buat naz siapkan kerja dan tak procrastinate. macam ni, in the beginning of the day, naz akan duduk depan lappy, buat checklist kerja yang naz perlu siapkan dan nota yang perlu diulangkaji. naz susun ikut priority mana satu yang urgent and mana satu yang boleh tangguh tak perlu siapkan hari tu jugak. siap je checklist tu naz buat jadual, untuk hari itu sahaja. mana naz nak buat dulu. so, naz aturkan, siapkan satu kerja, lepas tu naz berseronok. contoh nya, siapkan assignment organic dulu. dah siap baru boleh sambung tengok Gossip Girl satu episode,or anything close to it. lepas tu berhenti solat dan makan. then on to the next tasks.

selalunya naz akan berjaya siapkan satu atau dua tasks sehari. sangat effisien. bagi reward kan diri sendiri. kalau assignment tu banyak dan susah, bahagikan kepada beberapa bahagian. stop setiap satu bahagian siap. tapi masa me-rewardkan diri tu, jangan la berlebih plak. buat keja 1 jam, reward 2 jam memang over la. kalau buat kerja 1 jam, reward kena 1 jam jugak lah. reward la dengan apa-apa pun yang korang rasa berbaloi dan menyeronokkan. jadi, masa buat kerja tu korang kena siap jugak.

tapi, mestila kena letak azam dalam hati dulu. kena siapkan dulu task tu, baru boleh dapat reward. jadi kena tegas dengan diri sendiri and disiplin. part ni susah sikit, tapi kalau selalu amal, InsyaAllah boleh.

then, kalau ulangkaji plak, naz lebih suka kalau naz listkan dulu jadual tests atau quizzes yang ada dalam masa seminggu tu. then compare the jadual lazim naz setiap hari. lepas tu selitkan waktu ulangkaji sikit-sikit kat tempat kosong. but, before that, naz akan peruntukkan satu jam on the earliest day before the test untuk buat nota kecik. satu jam tu buat nota kecik je. then, dengan nota tu la naz akan baca dalam waktu-waktu kosong. so, takla rasa stress sangat bila terpaksa belajar one go. seriously berkesan.naz start praktik kan semua ni right before my biophysics and statistic quiz last week and Alhamdulillah, I did better than before. so naz rasa nak praktikkan benda ni time study week nanti. first part of study week will be note writing, naz akan try buat nota ringkas, and another half of the week will be spend by reading up and understanding the notes. untuk math plak, setiap hari naz akan peruntukkan 2 jam untuk buat latihan, like always, hafal terms and definitions. applied statistics ni kena hafal-hafal jugak dia punya terms ni. kalau tak, ke laut..

so, bagi yang rasa tips ni boleh tolong anda semua fight procrastination, boleh la cuba. boleh alter mengikut kesesuaian anda jugak. anda pun boleh ambil inisiatif sendiri, plan macam mana nak fight procrastination ni. yang penting kena ada will yang tekad, betul-betul naz, and ikhlas. and of course, dah usaha, kena tadah tangan mintak kat Allah and tawakal. kita ni merancang je kan, tetap jugak penentu segalanya adalah Allah swt.

besides this, ada lagi satu tips yang naz rasa ok. naz ambik dari #ProductiveMuslim punya website. pun berguna and practical jugak.

hopefull berguna. Best of luck to those who are taking their final exam in few weeks time! hwaiting!

Friday, December 30, 2011

PENGUMUMAN

assalamualaikum




tolong! saya telah kehilangan SEMANGAT STUDY saya. sesiapa yang menemuinya, harap kembalikannya kepada saya secepat mungkin sebelum 03.01.2012

p/s :carry mark, Y U SO LITTLE!

Wednesday, December 28, 2011

study madness.

assalamualaikum

study week has started last 4 days and i just started revising biochemistry. not including the metabolism and stuff. huhu. surprisingly, nowadays naz dah semakin rajin belajar.kalau nak compare time matrik dulu la. sekarang dah start study lebih awal. kalau dulu, 3 hari before final baru nak terhegeh-hegeh bukak buku.

mungkin dah masuk uni ni, pemikiran dah makin matang, matlamat dah makin jelas. banyak perkara yang naz perlu buktikan kepada manusia di sekeliling naz. dan banyak benda yang naz nak capai sementara berada di alam universiti ni.

tahun 2011 dah berakhir. dalam tahun ni sahaja naz mengalami 2 alam yang berbeza ; alam matrik dan alam universiti. baru bulan april yang lepas naz bersiap siaga untuk menjawab final exam untuk sem kedua (dan terakhir) di matrik, dan 8 bulan kemudian, which is now, naz sedang bertungkus lumus (kononnya) untuk final sem pertama di universiti.

dalam masa setahun ni macam-macam yang dah jadi, macam-macam yang berubah. dunia pun dah berubah sekarang. dan naz pun rasa diri naz sendiri pun dah berubah, dan ada perubahan yang berlaku agak ketara, ada yang naz sendiri pun tak perasan.

sekarang ni, naz berusaha untuk convince diri naz sendiri untuk yakin bahawasanya dean list itu akan dapat naz capai, InsyaAllah.

adunan istimewa, mantap lagi berkesan yang diperlukan untuk mendapatkan dean list?

1. Usaha dan terus usaha.
Pantang mengalah, pantang mengeluh. sila usaha sepenuhnya, dengan penuh ikhlas dan yang penting istiqamah. seseorang mengajar naz,jangan putus asa dalam berusaha, jangan katakan sesuatu itu susah (walau hakikatnya memang susah), cuba letak dalam minda bahawa perkara itu senang, dan insyaAllah, minda akan cuba sebanyak mana cara pun untuk memudahkan kesusahan yang terbentang itu. kuncinya, usaha. insyaAllah, lingkaran kesukaran itu akan terungkai.

2. Doa dan terus berdoa.
Senjata mukmin terhebat sudah pasti doa, penyerahan diri pada yang Esa. usaha yang mantap tanpa diiringi dengan doa, mungkin satu usaha yang kurang berkat dan boleh jadi usaha yang sia-sia. jangan lupa untuk merendahkan diri, meminta dan memohon kasih dan sayang Dia yang Memberi Kejayaan, moga kejayaan itu milik kita, moga usaha-usaha sepanjang perjuangan kita dipenuhi dengan redha dan berkatNya. sudah pasti doa yang terbaik datangnya selepas ibadah yang penuh tawaduk. maka,doa dan berserahlah pada Allah, dan kita pasti siap untuk menempuhi apa pun medan pertempuran.

3. Yakin boleh dan terus yakin.
keyakinan adalah elemen penting dalam kita meneruskan usaha kita. untuk usaha yang berterusan, kita perlu yakin bahawa usaha yang kita lakukan itu akan ada imbalannya nanti ; dengan syarat usaha itu juga disertakan dengan doa. usaha, doa tapi tidak yakin, kurang berkesan. usaha, doa dan yakin, sangat berkesan. kita yakin kita boleh berdiri, berusaha untuk berdiri, doa pada Allah untuk berikan kekuatan pada kita untuk berdiri, InsyaAllah, kaki yang tempang pun mampu lurus dan berjalan seperti biasa :)

ada usaha, ada doa, ada keyakinan. nah! kita sudah ada senjata, perisai dan strategi yang terbaik untuk mendepani apa sahaja pertempuran. berilah pertempuran waima semustahil mana pun, dengan adanya adunan ketiga2 itu, InsyaAllah, kita boleh!

dengan itu, doakan naz berjaya di medan Peperiksaan Akhir Semester, dan doakan naz untuk mendapat :

Monday, December 26, 2011

20 days and counting...

assalamualaikum

it's left less than 20 days before i'm flying back home. time, please move faster??

bila fikirkan nak balik sarawak, harap sangat masa berjalan dengan teramat pantasnya. tapi, bila fikirkan exam, rasa kalau boleh, biarlah masa tu terhenti sampai naz habis revised semua topic.

hari ni baru betul-betul start study. baru start dengan biochemistry, since it's my weakness. baru habis revised 3 subtopic. ada banyak lagi subtopic lain. aduhh.

rasanya esok nak revised cell biology pulak. plan nak baca nota titas a day before exam. hehe.

dan rasanya tahun baru 2012 mungkin tidak disambut dengan meriah. cukup muhasabah diri dengan apa yang dah dibuat sepanjang tahun 2011. tengok balik few highlight of this years, what have i successfully accomplish, apa yang tak sempat dibuat lagi, apa kebaikan, apa keburukan. itu yang perlu kita renungkan. so, sit back, relax and think. what have u done, and what didnt u do.

semoga ianya mampu membantu kita menjadi insan yang lebih baik di tahun yang mendatang, jika diizinkan Allah, that is.

so, notes and books are calling me, catch u guys back up later, aye?


have a nice night!

Friday, November 11, 2011

FINAL.

assalamualaikum

Final Exam is only a month away.

it's creeping me out. I need to be in that dean list. I desperately need that. I am about to apply for JPA scholarship next sem so I really need to excel in this exam.

baru tadi dapat carry marks untuk 2 subjek core nax. carry mark sem ini adalah 30%. Cell and Molecular Biology ok lagi. bley consider lagi.

yang buat nax down tahap hentak kepala kat bantal adalah Biochemistry. carry mark sikit je. low than what i'd expected. and i have to struggle gila kentang untuk dapat A in biochemistry.

at a brief moment, i have to say goodbye to my dream to get that 4 flat. but then Mr.A was there, giving me pep talk i need. though, somehow, i pissed him off a bit. sorry baby.

failing to get enough carry marks is not a reason to give up that dream of getting 4 flat. it is suppose to be a booster, that will inspire me to work harder in facing my final exam. yeah, like always, he's right.

tak patut rasa down sebab carry mark. i have another 70% to go for. so i need to struggle a bit harder to get that. and, that is exactly what i'm going to do.

so, let the fight begin. I will struggle my ass off to nail the exam.

Allah, naz mintak. naz mohon. naz merayu padaMu, Allah.
kurniakan kecekalan untuk sentiasa berusaha.
kurniakan istiqamah biar usaha itu tidak putus
hadiahkanlah keutuhan hati, supaya putus asa tidak mendatangi,
hadiahkanlah kerajinan agar matlamat itu dapat dicapai


Allah,
berikan keteguhan nafsu, supaya boleh menepis dugaan
berikan ketabahan hati, supaya boleh menentangi cabaran
salurkan kemudahan tiap urusan,
permudahkan setiap kesusahan.
dan,
berikan keinginan tinggi, untuk mencapai kejayaan.

ameen.

wish me luck and pray hard for me people. thanks. :)

Thursday, November 03, 2011

exceptions.

I seriously serious dont know what to put as Title of this entry.

exceptions, is what crossed my mind.

at least that is what I'm thinking now. i mean, do we need a title for a blog entry? do it even necessary? why am I arguing over a stupid topic? uhh.

Assalamualaikum!

it's been a while..etc etc..

usual intro for not updating for quite a while. dah. mesti korang bosan nak baca. wah, berhabuk, bersawang, and all that unecessary crap. well, etc etc.

on contrary, there's a lot going on this week, am I right? macam-macam cerita yang burst out kat homescreen Facebook nax. dan macam-macam yang going on dalam minggu ni.

minggu ni adalah officially minggu test yang bersempit-sempit. bayangkan dalam satu hari boleh ada sampai 3 tests yang berlainan. kalah SPM. taktau nak revise yang mana satu. sampai test calculus hampir terjawab in terms of cell biology. lukis graph hampir nak sama dengan prokaryotic cell. apa maksud semua ini?

itu pasal test. sibuk-sibuk test pun sempat nak bukak facebook. bila bukak facebook macam macam orang share macam macam  benda. dan antara yang jadi highlight minggu ni adalah :

1. Budak 6 tahun hilang kat Kpg Baru Laut, Bintulu. (benda ni kira highlight la bagi nax sebab berlaku dekat dengan kampung nax kan. and I sort of kenal dengan keluarga mangsa.)

well, kesian kan? nak salahkan siapa? mak dia? orang sekeliling? dia? dia dikatakan main dekat tepi sungai Kampung Baru tu then mayat dia dijumpai kat sungai di Kuala Tatau. Kpg Baru ke Tatau is roughly 45 mins by land. dan adik kepada Arwah mengatakan bahawa arwah ada ikut seseorang yg tak dikenali. most probably dia diculik. and something. something. well, itulah pentingnya mak ayah ajar anak mereka utk tidak wander around dan tidak percaya kepada stranger. Hello, iklan kat tv melambak mengingatkan kita untuk keep an eye on our children. nak salahkan mak dia... tak adil jugak, mungkin dia dah bagitau kan, mungkin budak tu yg degil kan. anyhoo, kat sini, semua tu boleh dielakkan kalau precaution ada. malang tak berbau, itu kena kita ingat, setiap masa. biarlah ia jadi pengajaran.

2. Kes Schaza Zedane (betul ke nax eja nih?) lantak lah yang menghina (lebih kurang la) UNIMAS dan ORANG SARAWAK

nax tanak kupas pjg2 soal ni sebab nax memang panas ati. dah kau duduk kat tempat orang, ko follow la rule orang, ok? senang.takpayah nak ikut flow kau. kau fikir tu tempat kau? sedar sikit ko duduk kat tempat orang, ko kena bersyukur. ko hina ko maki ko tuduh ko cakap tu ko cakap ni pasal kehidupan ko kat SARAWAK, boleh blah la wey. ko ada fikir tak macam mana orang SARAWAK pulak kat semenanjung. ada kitorang complain? takdak. aku sendiri kat semenanjung sekarang. memang ada complication sikit, memang susah sikit nak adapt sebab aku adalah golongan minoriti kat sini. so aku ikut flow orang sini, adat kan kita dok tempat orang. lainkali sila tulis dengan akal bukan jari tangan yang sesuka suki diketik kat keyboard dengan nafsu semata mata. ada faham?sekarang aku panas.


minggu ini adalah minggu busy. minggu ini adalah minggu gempak homescreen (atleast utk nax)  but there are exceptions. AHAH. i found the real reason why I put exceptions sebagai tajuk entry. well, nax letak exceptions sebab nak cerita pasal exceptions lah.

1. hal nombor satu kat atas sila baca balik tajuk dia sebab nax malas nak salin balik.

kesian. itulah exceptions yg nax bagi kat mak budak tu. nax tanak marah marah dan bangkitkan soal tanggungjawab mak ayah menjaga anak dan juga nak keluarkan statement yang boleh menyakitkan orang lain dan juga mengenai stigma masyarakat, tidak lupa juga dengan kebiasaan orang kat tempat nax tu, membiarkan anak anak mereka tanpa supervision. MOST of them, bukan semua. jadi nax bagi exceptions untuk tidak membebel panjang pasal benda tu sebab KESIAN. kesian kat mak dia, dah hilang anak. tsk. jadikan semua ni pengajaran ya.

2. baca kat atas ok.

Kesian. ya. kesian adalah exceptions yg nax bagi untuk perihal kedua jugak. kesian kat minah tu kan kan kan, sebab sekarang dia dah kena tindakan yang sepatutnya dan semestinya satu UNIMAS akan memboikot dia. kesian dia, kerana mulut badan binasa. ish ish ish. TETTTTTTTTTTTTTTTTTT. EXCEPTIONS, kerana dia dah bikin panas ini hati, nax dengan sukasuki nya memberi exceptions kepada diri sendiri untuk TIDAK KESIAN pada dia. padan muka dia.

apaapapunk, Schaza Zedane, apology accepted. ko bukak mulut lagi, nahas kau. kepish?

ok. 24 minit lagi test Lab Safety Management akan bermula. nax tak study lagi. 

WISH ME GOOD LUCK!



Photobucket
 

Template by Best Web Hosting