Welcome!

Read at your own risk.

Friday, August 26, 2011

edisi memasak : Kek Lapis Patah Hati

hello!

hari ini kerajinan melanda

makanya....

naz ingin mengepost sebuah entry berkaitan dengan makanan.

bersempena aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini, bahawasanya nax dengan rajinnya telah pun membuat 

Kek Lapis Patah Hati.

dan berbaik hati berkongsi resepi beserta visual sekali. ((:

Bahan-Bahannya :

sila klik untuk tumbesaran yang ceria lagi menyeronokkan!

1 setengah buku butter

550gm gula kaster

20 biji telur

388ml  krimer manis (atau satu tin kecik)

180gm Horlicks


500gm tepung naik sendiri


150ml susu sejat (atau setengah tin besar)


215gm coklat masakan

pewarna kuning,hijau, dan merah

cara2 membuatnya...

pertama sekali...

klik untuk tumbesaran dengan Anmum!

masukkan 1 setengah buku butter bersama 2 cawan (atau 500gm) gula kaster ke dalam mangkuk pengadun
pukul adunan sampai dia kembang

macam ni :

selepas itu....

masukkan 10 biji telur ke dalam adunan tadi

kacau guna mixer selama 5-8 minit

kemudian masukkan lebihan 10 biji lagi

dan pukul lagi guna mixer sampai lebam selama 5-8 minit


kemudiannya...
masukkan satu tin kecil krimer manis
dan
180gm Horlicks
and then pukul hingga sebati.


selesai sahaja itu...
masukkan setengah tin besar susu sejat ke dalam cawan

dan ayakkan 550 gm tepung naik sendiri ke dalam mangkuk

kemudian

masukkan susu sejat dan tepung naik sendiri secara berselang seli.

mesti dimulakan dengan susu sejat dan diakhiri dengan susu sejat jugak.

contohnya

masuk susu sejat,

pukul,

masuk tepung naik sendiri,

pukul,

masuk susu sejat


dan ulang step di atas sampai habis.

kemudian,pukul adunan selama 3 minit.


selepas itu,

bahagikan adunan kepada dua

bahagian A : 4/5 daripada adunan
dan
bahagian B : 1/5 daripada Adunan

lepas tu, bahagikan bahagian A kepada 3 bahagian.

masukkan pewarna merah, kuning dan hijau kedalam setiap satu adunan tersebut


and then, masukkan 215gm coklat masakan yang sudah dicairkan ke dalam Bahagian B.

jadi sekarang, adunan sudah pun  dibahagikan kepada 4 bahagian

macam ni :


peringatan : bahagian B mestilah lagi sikit dari 3-3 bahagian dari adunan A, ok? sebab nak campur coklat.

selepas itu,

boleh lah mula melapis.

sediakan pengukus.

masukkan acuan (acuan segi empat pun ok, yang sederhana besar)

mula-mula,

masukkan 2 senduk warna coklat.

tutup pengukus dan tunggu selama 2 minit

atau sampai lapisan tu dah keras and boleh dipegang dengan jari

kemudian, masukkan 2 senduk warna merah

tutup pengukus dan tunggu selama 2 minit

lepas tu masukkan pula yang warna hijau, pun 2 senduk.

dan ulang langkah di atas sampai habis adunan

akhirnya,

biarkan kek masak selama kira2 setengah jam...


dan 


siap!

sorry takde gambar yang dah siap.

tak masak lagi. 

he he

kalau dah masak, nanti nax ambik gambar

selamat mencuba!
Photobucket

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting