Welcome!

Read at your own risk.

Wednesday, November 09, 2011

cantik.

assalamualaikum.

cantik.

orang cakap, cantik itu subjektif.

mungkin bagi dia, nax tidak cantik. mungkin juga bagi dia, nax cantik. dia yang mana? dia, dia dan dia.

mungkin bagi A, tinggi itu cantik. mungkin juga bagi B, pendek itu yang cantik. C pula cakap tembam itu cantik, dan D sangkal dengan mengatakan kurus itu cantik.

jadi, macam mana nak definisikan cantik? maka cantik itu disubjektifkan. sesiapa sahaja boleh bagi apa sahaja jawapan bagi definisi cantik.

macam mana nak rasa cantik?

itu juga soalan yang sangat subjektif dan skop jawapannya sangat luas.

mungkin, mungkin bagi nax, untuk rasa cantik, nax akan :

1. make up tebal-tebal


letak sikit eyeliner, sapu sikit blusher. semua tu dah cukup buat nax rasa cantik. especially kalau pakai blusher. sebab nax hanya pakai on special occasion sahaja. sebab nax tak pandai pakai dengan betul so selalu mintak roomate nax pakaikan. rasa cantik,sekejap. hihi.

2. ambil gambar sebelah orang cantik

hanya dengan duduk sebelah orang cantik, atau lebih baik lagi ambik gambar dengan orang orang cantik, nax terus otomatikally (ok ayat buat sila jangan marah) rasa cantik. terasa macam kecantikkan mereka tertempias kat nax. (atau adakah nax syok sendiri) apapa pun, nax rasa cantik dan kagum kalau berada bersama orang cantik. tak rasa cemburu pun




inilah antara orang orang yang bertanggung jawab buat nax rasa cantik setiap kali berdiri di sebelah mereka. hihiks. anda semua cantik, buat nax geram! hihi,.

2. bersihkan muka.

ha. dengan membersihkan muka, nax terasa cantik. dan juga yang paling best, nax rasa segar sangat sangat sangat. hihi. baru hari tu buat entry pasal mask muka kat sini. wee. dengan muka yang bersih, kita akan rasa bersemangat dan jugak selesa. jadi, kita bukan sahaja rasa cantik, we actually look beautiful. tak percaya? pergi buat.

petua nax?

-cuci muka guna air suam, buang semua kekotoran kat muka. membasuh muka dengan pencuci muka sahaja tidak cukup. dengan air yang sedang-sedang panas, boleh buang kulit-kulit mati.
-cuci muka lebih dari 3 minit. pastikan semua kekotoran dibuang dengan teliti.
-guna toner yang ada ciri mosturizing. supaya kulit sentiasa segar.
-amalkan selalu. insyaAllah, kulit muka sentiasa rasa segar dan kita akan sentiasa rasa cantik!

oh setakat tu, itu sahaja.

itu pasal macam mana nak rasa cantik dan juga tampil cantik.

move on to, insan paling cantik dalam hidup nax.

bagi nax, (memandangkan cantik itu subjektif,kan), manusia yang paling cantik sekali di dunia ini adalah...


LIMOT BINTI JOHARI.

walaupun orang cakap, Megan Fox adalah wanita tercantik di dunia

tetap LIMOT BINTI JOHARI  wanita tercantik di hati SYARIFAH NAZIRAH.

walaupun orang cakap, Heliza Helmi adalah wanita yang sangat menawan

tetap LIMOT BINTI JOHARI wanita yang paling menawan di hati SYARIFAH NAZIRAH.

walaupun orang cakap Kim Kardashian itu seksi

tetap LIMOT BINTI JOHARI wanita paling seksi di hati SYARIFAH NAZIRAH

ok that last line sound sooo wrong.

anyhoo. cukup cakap pasal cantik.

apa pendapat anda?

bagaimana pula cantik di mata anda?

macam mana anda nak rasa cantik dan tampil cantik?

siapa yang paling cantik di hati anda?

jawablah. :)

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting