Welcome!

Read at your own risk.

Tuesday, December 06, 2011

malam ini. pagi ini.

assalamualaikum

malam ini. atau. pagi ini.

mood : baru lepas dibuai angin Teluk Chempedak. mendengar deruan ombak. dan menikmati pandangan indah~

tetttttttttttt! mimpi sahaja. ya, kaki menjejak Teluk Chempedak tetapi hanya sampai di McDonalds sahaja. sengaja tak nak keluar ke pantai. momen itu nanti biarlah di-reserved, untuk dinikmati bersama dia.

baru sedar sesuatu, selama 8 bulan hubungan kami, tak pernah lagi dating kat tepi pantai. attempted to pernah. tapi tak kesampaian. takpa, save it for the honeymoon, maybe? insyaAllah.

beralih ke topik yang tidak berkaitan, malam ini sangat dingin. menonton ombak rindu kali kedua berjaya menjatuhkan airmata kental seorang wanita bernama Syarifah Nazirah (wanita ke?). motif ko nak nangis? tapi, kali ni air mata tu bukan sebab menghayati cerita, tapi datang dari hati.

walaupun, lepas balik dari TC dan menapak setia kat depan lappy dan meng-onlinekan diri, baru terbaca status-status dan blog entry si dia, sebelum tu lagi naz dah dapat rasa.

dalam hati dah dapat rasa, ya, naz dah kecikkan hati dia. :(

sebab hati naz sendiri rasa kecik yang amat sangat, terasa sangat. terasa macam dia ada disebelah naz. rasa macam naz sedang menghadapi dia dan naz dapat bayangkan kekecewaan di muka dia. dan kerana itu naz menangis. bukan kerana air mata jantan Aaron Aziz walaupun tak dapat naz nafikan walaupun hidung merah, aaron aziz tetap macho lagi jantan walaupun dia menangis. fuhh.

serius, sampai tahap ini perasaan naz kat dia. naz boleh bayangkan dia, setiap ceruk wajah, rupa dan kerut muka dia, bilamana dia kecewa, bilamana dia tersenyum. seolah-olah dia dekat di sisi naz walaupun hakikatnya dia 250km jauh dari naz.

hati naz dapat rasa, kehadiran dia dan kekecewaan dia.

dan mungkin kali ini, mungkin, maaf takkan berbaloi.

dan mungkin, kali ini, inilah keperluan untuk meneruskan perhubungan ini. melukakan orang yang disayang itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan malah rasa macam diri ni tak berguna langsung.

tapi sayang, saya sayang awak, sangat. harap awak faham. :(

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting