Welcome!

Read at your own risk.

Wednesday, December 07, 2011

cinta mati.

assalamualaikum

"......2night abah bank in kan..RM50"

serious ketawa baca sms ni. datangnya dari Abah tercinta. hahaks. abah nax sekarang dah pandai pakai abbreviation sms dah ye. hihiks.

serious, abah lah yang paling memahami. terfikir jugak, apa yang dia buat utk bagi naz duit. adakah dia ambik sikit dari duit modal? atau ambik dia tak topup utk minggu ni? atau dia tangguhkan dulu hutang dia bulan ni. :')

walaupun RM50 tu nampak macam sikit, tapi sangat bagi nax. especially kalau mak atau abah yang bagi. naz dibesarkan dan diajar untuk tidak meminta selagi keadaan terdesak. selagi boleh usaha sendiri baru usaha sendiri. untuk text abah dan mintak duit ambik masa 2 hari untuk nax fikirkan. dah terdesak sangat ni, perlu bayar jaket fakulti. makanya mintak abah tambah sikit. nax mintak 30 jek, dia bagi 50. abah abah. :')

walau apa pun, abah dan mak tetap cinta mati nax. walaupun semua orang cakap diorang jahat, tetap mak abah manusia yang paling baik yang ada dalam hidup nax. walaupun jahat mana dia kat nax, tetap mereka yang pertama di hati nax. selamanya.

nax rindu sangat kat rumah. tengah sedaya upaya sabarkan hati. tak lama lagi.

kat sini tak sama ngan kat sana. nax perlu sesuaikan diri.

kawan-kawan baik, tapi tak dapat kalahkan adik beradik di hati nax. walaupun nax terasa kadang-kadang orang luar or kawan kawan lagi baik dari abang abang and kakak kakak nax, tapi kasih sayang nax pada mereka tetap tak dapat diatasi oleh kasih sayang nax dengan kawan kawan.

rindu yang teramat sangat.nak tengok muka abah. nak tengok muka mak. nak gurau gurau dengan adik. nak tengok tv sama sama. nak dengar mak membebel, nak gaduh dengan kakak.

semua tu nax rindu sangat. sakit jauh dari rumah ni, Allah je tahu. walau luar nampak kental, hati luluh Allah sahaja yang faham.

sebulan lagi. ya.



Allah, panjangkan umurku, umur abahku, umur mama ku, umur keluargaku.

ameen. :')

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting