Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, December 15, 2011

penghargaan.

assalamualaikum

lama dah blog tak di kemaskini. laptop baru baik.

sekalung apresiasi buat Abg Khaliq, senior baru kenal, baru tahu dia orang sarawak. :) seronok boleh berbual dengan dia menggunakan bahasa ibunda. :)

mudahan Allah murahkan rezeki dia, insyaAllah.

duit dah nk habis. baru roomate pinjamkan sikit.

sekalung apresiasi buat ayu & asmah sebab sudi membantu, ketika ribut hidup, ketika jatuh tersembap, gigih mendukung naz kembali berdiri :)

stress sangat dengan kerja. sakit kepala menghadap lambakan kerja yang entah bilanya lah nak habis. baru selesai yang ini, yang itu pulak terkinja-kinja mintak disiapkan. rimas lah.

sekalung apresiasi buat Muhammad Alimuddin kerana waktu kepala serabut, sabar mengusai satu demi satu kekusutan itu, memberi pengertian yang amat naz perlukan.

hati sakit, hati demam. hati parah. tenang tak datang-datang, yang bertandang risau dan kalut.

sekalung apresiasi, tinggi menggunung, tak tercapai nak dihurai, buat yg Khaliq, yg Esa, yg Satu, yg Maha Memahami, yang selalu ada untuk membantu, memberi ruang dan peluang, memberi ketenangan dan kesempurnaan, penghargaan melebihi segala galanya, buat Allah atas kasih sayang yang melimpah ruah hingga mampu naz berdiri walau ujian datang mengugut.

ya, malam ini malam apresiasi, malam penghargaan. buat entiti-entiti yang setia berdiri di kiri kanan, depan dan belakang, yang gigih untuk siaga, menyambut naz ketika naz jatuh, tersadung, tersembap dan terluka, yang sedia menghulur tangan ketika kaki tersadung jatuh.

terima kasih, atas peluang dan kesempatan untuk menghargai. moga nanti tiada apa yang disesali. ameen.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting