Welcome!

Read at your own risk.

Tuesday, December 20, 2011

ditelan kesibukan

assalamualaikum

seriously sekarang sangat busy. minggu terakhir kuliah. terasa dunia di UMP sedang bergerak dengan sangat sangat pantas. dalam minggu ini sahaja, dalam satu hari ada 3 assignment yang kena submit. satu hari 3 assignment beb. memang pengsan terus.

dalam kesibukan nax masih sempat berjimba. ahad lepas nax keluar dengan roomies, padill dan pipi. as in hafifi not pipi-pipi. got what i meant?

the initial plan was to picnic in Pancing. but due to the horrible weather, we end up watching movie.

Mission Impossible 4 : Ghost Protocol was seriously one of the best MI series I ever watch.best la jugak. walaupun Tom Cruise nampak dah tua, heroin tak cantik tapi seksi itu mesti, sidekick yang sangat lurus bendul tapi lawak dan comel, sidekick satu lagi hengsem dan lawak jugak, jalan cerita agak serabut tapi last-last faham jugak, dengan sound effect gila kuat buat orang terjerit-jerit, penuh suspen dan sebagainya, movie ini deserved 7/10 from Naz. :)

lepas tengok wayang kitorang pun pulun karoke sampai naz dah takda suara. 15 lagu beb. macam-macam lagu kitorang hentam. dari English sampai dangdut pun kitorang nyanyi jugak. memang hilang stress. tapi lepas tu tetiba migrain


ni si pipi dengan tarian "eah-eah" nya. semangat je bila nyanyi lagu dangdut. kelass ko pii

lepas tu kitorang lepak2 and round round megamall saja. huhhuhuhuhu. anyway, i have quite an enjoyable time that day but then natijahnya kena buat slide untuk presentation Biochem untuk esoknya.

Alhamdulillah setakat ni banyak kerja yang dah selesai. tapi banyak kerja selesai, banyak jugak kerja yang mendatang. sakit kepala nak siapkan semua. seriously minggu ni lecturer berebut nak habiskan semua benda yang perlu dihabiskan. tiap malam dihabiskan dengan buat assignment and study untuk test.

minggu depan dah start study week. minggu satu lagi dah start final. ohhh. kejap je masa berlalu kan? rasa macam baru semalam naz daftar diri ke UMP ni. ni dah nak final dah. macam-macam yang terjadi. 

dan tinggal 11 hari sahaja lagi kita akan berada dalam tahun 2011. 2012 akan datang membawa seribu satu pengalaman baru. so, adakah anda bersedia untuk menutup tirai 2011 anda? berapa banyak azam tahun ni yang dah tercapai? ambil masa untuk fikir dan InsyaALLAH on 31st of december we will sum up what have 2011 brought to us.

till then, have a nice tuesday, people.

xoxo,
si cendawan. :)



0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting