Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, March 08, 2012

pengajaran hari ini.

assalamualaikum

dan hari ini entri ini ditulis dalam bahasa Ibunda. biarlah. sebab luahan rasa. *dan agak skema lagi jiwang.

jiwang bukan kerana cinta, sebab bahasa terlalu sastera. faham?

dalam beberapa hari ni, macam2 jadi kat naz.

semalam sakit teruk sampai tak boleh nak angkat. bila berdiri, dunia berpusing-pusing. nak duduk pun tak larat, semalam perut sangat kosong, sebab bila makan, semuanya akan keluar balik. subhanallah.

semalam jugak naz sakit, sakit hati. subhanallah, penyakit hati ni lagi teruk dari sakit badan. naz boleh terima lagi sakit perut atau sakit gigi, bila sakit hati ni, Allah je tahu, luka dia, parut dia, sampai bila-bila akan terkesan.

naz belajar, dalam dunia ni memang akan ada manusia yang tak akan tahu untuk menghargai orang sekeliling nya. yang akan sentiasa berfikir bahawa putaran hidup manusia sekeliling dia perlu berputar mengikut paksinya, dan paksinya SAHAJA. baginya, biar dia menyakiti hati orang yang berada di sampingnya, jangan orang yang menyakiti hatinya. baginya, hati dan perasaannya yg penting, hati orang yang disampingnya tidak penting.

dan naz rasa, orang macam tu patut tinggal sorang diri, sebab dunia ni bukan dia sorang yang punya.

memang rasa nak marah, bila kita baik kat orang tu, orang tu boleh herdik tengking kita sesuka hati, tanpa fikir perasaan kita. tak pernah sekali pun naz meninggikan suara dengan niat memarahi dia, tapi dia cukup kurang ajar dengan naz. subhanallah, naz sangat sangat terasa hati dengan dia.

dan sekarang naz belajar, kita tak boleh nak fikir yang semua orang akan suka kita walau sebagaimana baik pun kita kat orang tu. sesetengah orang memang macam tu.

dan, doa orang yang teraniaya tu dimakbulkan.

naz teraniaya. hati sakit walau naz baik dengan dia, dia lempar tengkingan kat naz.

maka naz berdoa. naz doakan, supaya dia kembali kepada apa yang sepatutnya, sedar akan kekhilafan diri dia, kembali kepada apa yang patut dia fokus dalam hidup dia, dan kembali kepada Allah. sedar bahawa dia semakin hari semakin menolak orang yang ada disekeliling dia yang betul-betul menyayangi dia, jauh jauh.

dan dengan itu, naz doakan yang baik2 untuk dia.

dan dengan itu, naz ambil keputusan untuk keluar dari hidup dia, kerana sabar seorang manusia bernama Syarifah Nazirah ada batas nya. naz bukan nabi yang bersifat maksum, naz manusia biasa yang banyak dosa & kekurangan. maka naz tidak boleh jamin yang sabar naz ni boleh kekal lama-lama. sebelum naz mengeluarkan kata-kata yang tidak enak & meninggikan suara lagi tinggi dari dia, lebih baik naz beredar. kerana naz juga mempunyai ego yang tinggi, kepala yang keras dan kedegilan yang melampau. cuma pengalaman mengajar naz untuk bersederhana. maka naz diam, biar Allah tunjukkan.

subhanallah, dugaan yang kau berikan, naz tahu, cukup bahu naz ni nak pikul. cuma ya Allah, naz adalah manusia yang suka meminta-minta, maka denganMu ya Allah naz meminta, naz memohon, berikanlah kekuatan hati untuk menghadapi kesusahan ni. semoga terubat penyakit hati ini ya Allah, semoga redha hati ini ya Allah, semoga lapang hati ini ya Allah, semoga bertambah iman ini ya Allah.

:)

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting