Welcome!

Read at your own risk.

Monday, April 30, 2012

Everything used to go my way...

assalamualaikum


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi




Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


En. A gives me this song. thank you, it reminds me how I need to be grateful for any challenges and burdens Allah gives to me. before, everything goes my way, but then I never feel calm. mungkin sebelum ni tak jaga solat, tak jaga pergaulan.

Alhamdulillah, I feel some changes in me. solat dah jarang skip, and sekarang tengah latih diri untuk baca Al-Quran atleast satu muka surat setiap malam. InsyaAllah, harap istiqamah. nak buat memang senang, nak istiqamah agak susah, hati kena tekad.

sejak dua menjak ni, macam-macam masalah datang. sana sini. sampai-sampai rasa mengena di emosi je. terasa cepat je nak menangis. tapi hati mesti kuat kan? simpan air mata untuk Allah sahaja. Allah sahaja sebaik-baik tempat mengadu, tempat meminta pertolongan.

then I remembered salah satu novel Hlovate. lupa pulak tajuknya apa. suggesting Al-Insyirah whenever you are feeling down. terbaca jugak satu blogpost dari sini, quoted :

"Turunnya surah Al Insyirah, bagaikan satu pujukan kepada Rasulullah SAW dikala keadaan hidupnya sempit dan kesusahan. Dakwah adalah hidup nabi, dan demikian juga hidupnya Nabi adalah untuk dakwah ilallah. Sejarah membentangkan kepada kita hakikat sukarnya hidup nabi setelah memulakan tanggungjawab dakwahnya dan sejarah juga menyaksikan bagaimana sukarnya dakwah itu sendiri, sejak ia mula dihidupkan. Kenapa semua perkara di dunia ini tidak semakin mudah? Kenapa semuanya saban hari jadi semakin sulit? Sekalipun kita rasa kehidupan kita semakin mudah, hakikatnya ia semakin rumit. Di sebalik tiap-tiap kesenangan dan kemudahan yang kita kecapi hari ini, ada pelbagai proses-proses sulit yang mengusutkan."

maksud surah Al-Insyirah :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
  2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
  3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
  4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
  5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
  6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
  8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ya Allah, berikanlah ketenangan kepadaku, permudahkanlah urusanku.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting