Welcome!

Read at your own risk.

Saturday, May 19, 2012

49 hari

hai hai.

pernah tak korang terfikir bahawasanya korang-korang ni ada hanya 49 hari je nak hidup? macam mana korang akan menghabiskan 49 hari terakhir korang? adakah dengan berjimba sepenuh masa? melawat tempat-tempat yang tak pernah korang pergi sebelu ni? ataupun mengembara seluruh dunia? makan semua makanan yang boleh dimakan? atau..atau..atau.... banyak la lagi possibilities nye! haha.

apasal plak naz tetiba cerita pasal 49 hari terakhir ni? sebabnya Naz baru habis tengok drama korea. bagi yang tak kenal, naz ni hantu drama korea. haha. cintan cintun uols walaupun seringkali cakap hati batu, hati kayu, hati simen dan sebagainya. hakikatnya, hati jiwang, nanges-nanges tengok cerita korea. Alah, mana nak cari manusia yang mengakui kelemahan diri sendiri? setiap manusia mesti akan usaha untuk nampak "perfect" di mata orang lain, kan? khilafnya, lupa nak nampak "perfect" di mata Allah sedangkan itu yang sepatutnya. biarlah orang nampak kita buruk,asal kita cantik di mata Allah. following the syariat, is the one of the ways to be beautiful in front of Allah.

dah, mulalah lah nak melalut!

well, back to topic. it's say that :


so, back to topic! 49 days ni adalah drama korea yang mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Shin Ji Hyeon yang terlibat dalam kemalangan. walaubagaimanapun, kemalangan yang dialaminya ni sebenarnya secara tak sengaja. dan secara tak sengajalah jugak dia mati. dia bertemu dengan Scheduler yang bernama Song Yi Soo. scheduler ni kerja dia hanta orang-orang yang dah mati naik "elevator" yang akan bawak dorang ke "atas sana". Scheduler tu cakap, Ji Hyeon ni sebenarnya tak schedule untuk mati lagi, kiranya schedule untuk dia pada hari tu dah mess up. so dia bagi peluang kat Ji Hyeon untuk hidup semula dengan berusaha untuk kumpul 3 titis air mata keikhlasan untuk dia dalam jangka masa 49 hari. kalau dia gagal, dia "terpaksa" mati dan kalau dia berjaya, dia boleh masuk balik dalam badan dia dan meneruskan hidup dia. untuk membolehkan dia melakukan misi 49 hari ni, dia kena guna badan seorang wanita yang bernama Song Yi Keong, yang mana mempunyai relation dalam kemalangan dia pada hari tu. so for the rest 49 days she will be Song Yi Keong and she cant tell anyone else that she's Shin Ji Yeon.

yang sadisnya, time dia kemalangan tu adalah dekat-dekat dengan tarikh kahwin dia. tunangnya, Kang Min Ho yang dia kenal selama 2 tahun tu pulak selingkuh dengan bestfriend dia, Shin In Jeong. lepas tu, adik angkat merangkap bestfriend Min Ho yang jugak kawan lama Ji Hyeon  iaitu Han Kang ni pulak sebenarnya dah lama memendam rasa kat Ji Hyeon ni. Then, another bestfriend of Ji Hyeon ni, Seo Woo pulak dah suka  kat Han Kang ni. berbelit la pulak. apa-apapun, kesudahan drama ni agak unpredictable, dan tak seperti mana yang naz predict. kalau nak tau, tengok la! best tau. walaupun naz tak berapa nak suka tengok pelakon-pelakon dia tapi jalan cerita dia agak best la. huhu.

ni la barisan pelakon-pelakon dia
Nam Gyoo Ri
as : Shin Ji Hyeon

Jeon Il Woo
As : Scheduler/Song Yi Soo

Lee Yo Won
As : Song Yi Keong

Seo Ji Hye
as : Shin In Jeong

Jo Hyeon Jae
as : Han Kang

Bae Soo Bin
As : Kang Min Ho

Bae Geu Rin 
As : Park Seo Woo

All images courtesy of : #hancinema


cerita ni ajar naz untuk menghargai setiap insan yang pernah ada dalam hidup naz, walaupun mereka pernah menyakiti naz. mana tahu, di akhir kehidupan naz nanti, mereka yang pernah menyakiti naz dan amat naz benci itulah yang akan menitiskan air mata keikhlasan atas kehilangan naz. so, hargai setiap orang yang ada dalam hidup kita tau, may it be your enemy or you friend. because they are the reason that made u who u are now. and mestilah kena hargai nikmat Allah, tanpa Allah kita tak kan berdiri di sini, dan kerana Allah jugalah setiap nafas kita mampu kita hela. jangan lupa untuk sentiasa menadah tangan kat Allah, bukan kerana untuk meminta sahaja,tapi untuk berterima kasih jugak! say Alhamdulillah for every breath He gave us!

2 gossip gossip:

meow said...

aaaa.. best cite niee.. sedih gleeerr.. especially part yi soo & yi keong.. tp mmg sweet laa.. hee :)

나 지 랗 El-yahya said...

best kan kan kan. hihihi

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting