Welcome!

Read at your own risk.

Wednesday, May 16, 2012

kali terakhir.

sana sini situ sini bukak tab itu tab ini, the only things I've read about is MARRIAGE. fuuuu. seriously, loadsa people are getting married now. and even the season finale of HIMYM i've watched this evening is about marriage. they finally revealed who's Barney getting married with and I'm super relieved upon seeing the bride! I knew it! they looks like they meant to be together, in the series, atleast.

well. seronok je la tengok2, baca2 kisah orang. selalu wonder, entah bila lah naz sendiri yang akan mengalami cerita-cerita indah seperti itu. atau, macam manalah nanti cerita naz ya? happy ending,kah? sad endingkah? entahlah. Wallahualam. harap dapat yang bagus-bagus ya.



sengaja letakkan status macam ni kat facebook. sebab? nak memujuk hati seseorang. ego sangat taknak pujuk depan-depan.

bukanlah.

sebab, naz sekarang, cubaaaaaaaaa nak tahan perasaan ni. biarlah nanti, rasa sayang ni, rindu nanti melimpah-limpah bila dia dah halal bagi naz, bukan kah itu lebih baik? naz harap sangat dia faham. bukan naz sengaja tolak dia ketepi, bukan naz sengaja tak angkat telefon,tak balas sms.

proses penghijrahan yang naz cuba nak lakukan sekarang ni memerlukan naz untuk jadi sebegitu. biarlah perasaan ni naz simpan, biarlah hanya Allah tahu. doa-doa naz tidak pernah lepas dari menyebut nama nya. semoga dia jadi yang halal, jadi imam pengemudi pelayaran kehidupan.

tunggu sikit masa lagi ya?  bila jodoh itu milik kita, insyaAllah, setiap saat awak akan dengar kata-kata sayang dari saya, itu saya janji. tapi bukan sekarang. sekarang kita ada objektif hidup lain yang memerlukan perhatian kita sepenuhnya. Study, amanat mak abah kita, diorang hantar kita ke universiti sebab inilah, untuk segulung ijazah. Amal ibadah, amanat terbesar kita, khalifah di bumi Allah. untuk fokus untuk menambah ibadah, fardhu dan sunat, sebanyak-banyaknya, sebagai bekalan. moga berkat hidup ini, dan who knows, moga dekat jodoh kita nanti.

naz istikharah banyak kali dah, tanya diri sendiri, betulkah? jika ini yang diperlukan untuk melengkap hijrah ini, maka naz redha. naz taktau, mungkin itulah jawapan dari Allah. hati terdetik untuk mula membaca salah satu blog, Dunia Sarah, yang naz jumpa di wall bekas lecturer naz di matrik dulu. setiap entri nya, berkisarkan dirinya sebagai seorang doktor dan garapan cerita-cerita cintanya bersama suami dan anak sulungnya, sangat terkesan di hati ni.

mungkin inilah jawapan yang Allah berikan. dan naz perlu kuat. re-prioritize things again. mungkin ini yang terbaik bagi kita berdua, InsyaAllah.

dan mulai sekarang, awak akan jarang dapat sms, call mahupun bbm dari naz. mungkin untuk benda yang penting sahaja. naz perlukan penghijrahan, sepenuhnya. bukan dari cara berpakaian sahaja, akhlak dan perlakuan juga. InsyaAllah ini untuk kebaikan bersama.

percayalah, makan hati jugak nak buat keputusan. tapi percayalah, air mata ini, hari ini, ketika menulis entry ini adalah air mata terakhir naz titiskan, insyaAllah next time naz titiskan airmata adalah di hari pernikahan kita, air mata gembira, sudah semestinya! doakan sentiasa, jangan putus doa.

ampunkan. mohon pengertian awak, ya :')

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting