Welcome!

Read at your own risk.

Monday, May 14, 2012

Monolog dengan diri sendiri

hai!

hmm. cuba anda tutup mata.

tarik nafas dalam dalam. kosongkan fikiran.

dah?

perkara pertama yang mengisi fikiran anda adalah?

bagi naz, perkara pertama yang mengisi fikiran yang telah naz kosongkan adalah emak dan abah. rindunya hati ni, tak tertanggung, tapi naz perlu sabar.

bebanan perasaan, emosi yang naz alami sekarang ni, Allah je tau, Allah je faham. sakitnya, peritnya. setiap kali sebelum tido, terasa jantung, hati, organ-organ berkaitan dengan emosi&perasaan naz rasa nak meletup je.

pernah tak, anda-anda sekalian terasa nak lari dari semua masalah? lari jauh-jauh, ke tempat yang hanya ada anda seorang sahaja. dan mungkin duduk sebentar, berehat dari semua kesakitan & bebanan emosi.

tapi mustahil lah. kalau nak jadi manusia ni, kita perlu berhadapan dengan sakit perit susah payah masalah bebanan ujian dan sebagainya. kalau lari, anda semua bukan manusia,anda semua adalah sesuatu yang tidak layak untuk hidup.

kerana masalah,ujian,bebanan,tu semualah hidup. tanpa semua tu bukan hidup namanya, Nazirah! dan sekarang naz rasa "anda semua" di atas sebenarnya merujuk pada Naz dan hanya Naz.

kau perlu jadi manusia naz,berhadapan dengan semua ni naz, jangan tau nak lari je.

oh ya, tidur takkan tolong kau lari dari semua ni. lupakan.

apa yang boleh membantu?

Bukankah janji Tuhanmu, Nazirah. Jika Dia turunkan kau ujian, Dia akan bersama-sama kau menitinya? bukankah Dia ada, apa yang kau perlu buat adalah mintak je! tadah tangan tu, jangan nak ego sangat!

hai. hidup ni, tujuan dia satu je Naz, dapatkan redha Allah. kau fikir balik, betul tak tujuan hidup kau?

kalau tak betul, baik ko tukar sekarang. jadi segala organ yang berkaitan dengan emosi&perasaan takkan rasa nak meletup setiap kali kau tutup mata.

p.s : dan kau perlu revise untuk test. tutup laptop sekarang!

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting