Welcome!

Read at your own risk.

Sunday, September 23, 2012

Cinta tidak Mengenal Usiakah?

Assalamualaikum :)

apa khabar hujung minggu anda semua? ada best? mesti best kan. Hujung minggu naz, biasa-biasa saja. Hari sabtu dihabiskan dengan berjimba dengan roomate & sugar daddy. EH? sugar daddy? haha. takdalah. saja nak buat statement artis siket kannn. naz keluar dengan Ayu & PS, classmate naz. tak rancang pun nak bawak si PS tu, tapi dia nak mengekor. macam biasa kitorang keluar makan, karok, shopping and by the time Asar kitorang dah selamat sampai tersungkur atas katil masing-masing. hihiks.

Driver+Bodyguard of the day
 Ha, itula PS. bagi side view je ye kat korang. takyah nak tengok full view. satgi penuh comment box dengan orang mintak nombor kang. budak ni hotsentap tapi dia dah berpunya ye kawan-kawan. takdak vacancy. hehehek.

eh, entry kali ni bukan nak cerita pasal PS pun kan. ni ha, naz nak cerita pasal one article that I stumbled upon while browsing my Facebook Homescreen. Article tu datang dari http://joshuaongys.com. naz belek-belek dan baca-baca, serious macam fascinated+terkejut.

Artikel tu pasal dua pasangan remaja (yang sorang tu taklah remaja sangat pun, yang sorang lagi tak berapa nak sampai remaja kot) dari China, Akama Miki dan Zhang Muyi.

apa special sangat pasal dorang berdua ni? ha, kalau nak tahu Akama Miki ni umur dia baru sahaja 12 tahun tau. kalau kat Malaysia, baru lepas amek UPSR. dia adalah darah kacukan Jepun di sebelah bapanya dan Chinese German di sebelah ibunya. Miki ni adalah seorang model Kanada yang pernah memenangi NSR 新丝路 junior modelling competition. NSR 新丝路 adalah sebuah syarikat permodelan yang bertapak di China.

Manakala Zhang Muyi ni berusia 24 tahun! wow, the girl is half of his age! Zhang Muyi ni adalah seorang penyanyi di Beijing, China. sekali lagi nak WOW, boleh? Naz godek-godek gambar, fuhh. memang lah dua-dua cantik, hengsem, kacak, macho comel, segala yang indah lah. tapi, Miki tu umur dia 12 tahun, and yes she do looks like a 12 years old girl!

ni ha gambar dorang,
img source : joshuaongys
u see, nampak kan Miki tu masih bebudak lagi kan? wow, bila naz ingat balik apa yang naz buat masa naz 12 tahun dulu kan, macam nak tergelak pulak. masa tu masih lagi main kejar-kejar, main batu seremban, polis sentri. masih lagi lap hingus pakai lengan baju sekolah. #eh. memanglah, tak naz nafikan, masa tu ada je cinta monyet kan. tapi I still remember, back then, naz masih tak kenal apa itu cinta. hati masih nak bermain-main lagi. dah tu fitrah sebagai budak berumur 12 tahun kan.

tapi, not now. budak 12 tahun zaman sekarang lagi maju dari naz yang dah berusia 20 tahun. mak aih, kalau tengok kat twitter, facebook, hamboih, kata-kata dorang kalah tau kata-kata naz. tengok gambar-gambar semua, aduhai. naz takdaklah cemburu. sesungguhnya naz berbangga dengan masa kanak-kanak naz. naz bebas untuk buat apa yang naz suka : main. hehek. masa tu drooling high over heels dengan Brandon Flowers lah, dengan Justin Timberlake lah kan. takdak masa nak stress my own mind dengan perkara yang tidak perlu. bila tengok bebudak sekarang, aduhai diorang suka stress benda yang sebenarnya tak perlu di stress sebenarnya pun kan. tunggulah sayang,bila masa sampai untuk kalian semua membesar, masa tu la kalian akan rasa macam nak kembali ke alam kanak-kanak. takperlu nak gopoh untuk dewasa, enjoy your childhood, make it worth every moments. sebab once dah jadi orang dewasa, stress tu berlipatkali ganda. tanggungjawab bermacam bagai. selagi kalian ada kesempatan untuk bebas dari tanggungjawab, so cherish that moments, okey?

berbalik kepada Akama Miki ni, memanglah rasa macam beruntung kan. dahlah dia model, dapat pakwe hensem plak tu. She publicly confessed her affection towards Zhang Muyi and diorang openly display their feelings for each other at Sina Weibo, salah satu social networks yang aktif di China. ramai peminat yang menyokong, siap bukak social networks account untuk dorang berdua ni. tak kurang jugak yang menentang sebab merasakan Miki terlalu muda untuk bercinta.

img src : joshuaongys


naz? naz rasa, if she thinks that she can handle love issue at such young age, why not? People do say, Love is blind. cinta tak mengenal usia kan? cuma naz kesalkan, rugi masa kanak-kanak kau dik, terlalu cepat utk Miki dewasa. you should run around and fool around sekarang ni. bukan sakit kepala fikir pasal cinta. but then again, love is blinding. bila dah cinta, dah suka, umur berapa pun tak kisah, ye dak? so apa-apapun as long as they're happy with their decision, why not? siapa kita untuk menghukum? sebelum hukum, belek diri sendiri kat cermin dahulu, kan? peringatan untuk diri sendiri jugak.

so, sekarang naz nak bercinta. bercinta dengan nota bioanalytical. g'day earthlings!

P/S : article source credit to : joshuaongys.com

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting