Welcome!

Read at your own risk.

Saturday, September 29, 2012

AIESEC.kali ini.

Assalamualaikum.

Minta ampun, beribu-ribu ampun. kerana khilaf seorang manusia bernama Nazirah membiarkan blog tidak dikemaskini buat beberapa hari. mungkin salahnya datang dari Naz mahupun pihak universiti kerana telah mem-block website Google serta mana-mana website yang menggunakan platform google. makanya blogger pun tak boleh bukak. mengapa? terlalu complicated untuk diceritakan. in two words : sentimen agama.

minggu ketiga kehidupan di Universiti buat semester kali ini. Alhamdulillah, naz dah start settle down, semua barang berkaitan dah kemas. kesibukan pun sudah bermula. namun sem kali ini, naz hanya tumpu pada study dan AIESEC sahaja. naz dah cut off diri sendiri dari mana2 organisasi melainkan AIESEC. AIESEC sem kali ini banyak perubahannya. yang paling ketara sekali adalah tampuk pimpinan. jika dua sem yang lepas AIESEC LC UMP dipegang oleh Chia Wei Kang, namun atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, beliau telah bertukar universiti dan pimpinan kini dipegang oleh Chan William.

sekali pandang mesti orang pelik kan, dalam organisasi yang ada kira-kira 50-80 orang ni, the one and only malay hanyalah seorang perempuan bernama Syarifah Nazirah. sewaktu menghadiri MyLDS (Malaysia Leadership Development Seminar) di UKM, Melayu adalah antara golongan minoriti, malah lebih sedikit dari pelajar luar negara (foreign student). nahh, disitulah kita kalah. kita rugi.

AIESEC jika dilihat secara kasarnya kelihatan seperti persatuan untuk orang-orang cina, atau lebih precise bukan melayu. namun, hakikatnya, AIESEC adalah satu persatuan untuk semua orang, selagimana mereka bergelar BELIA. AIESEC fokus pada pembangunan BELIA, secara dalaman jua luaran, meliputi pembangunan sosial juga personaliti. AIESEC mengajar belia untuk berdiri tinggi, tidak kenal erti takut dan sentiasa mencuba. AIESEC teach the youth to projects their voices by providing platform for them to develop themselves.

going through my journey in AIESEC for the past one year, it was an awesome experience over. walking through the memory lane makes me feel like, i have develop myself eventhough the development might looks insignificant to other, it still makes me feel better.

few of awesome experiences I've gone through :

bersedia untuk merekrut lebih ramai AWESOME AIESECers sem ni!

MyLDS 2012, the best seminar evah!

we are dreamers, baybehs!

awesome activities during camps!

jadi, melangkah ke semester baru, Naz punya azam baru. Azam semester kali ini, biarlah LC UMP dipenuhi dengan saudara sesama melayu. biarlah kali ini melayu sama-sama naik merasakan kemanisan AIESEC. pengalaman yang dikutip sepanjang penglibatan diri di AIESEC sangat berharga. banyak yang Naz belajar. dan dari itu naz memperbaiki diri sendiri. Alhamdulillah, naz diberikan peluang untuk bertemu dengan personaliti-personaliti yang banyak membantu naz untuk mempertingkatkan potensi diri. suara kini lebih lantang dari biasa, keyakinan diri lebih ampuh dari dulu. Alhamdulillah.

Maka, berorganisasilah sahabat sahabiah sekalian. selagi hidup di universiti, selamilah kebaikan berorganisasi namun sentiasa junjung fokus utama kita dihantar masuk ke universiti : segenggam ijazah.

rasanya, lab report dah memanggil minta diramah mesra. sekian, sehingga kini sahaja.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting