Welcome!

Read at your own risk.

Monday, October 01, 2012

beri aku peluang.

entry ditulis dengan perasaan bercampur baur, marah dan hiba.

beri aku satu peluang, untuk marah dan run amok, boleh?

sebab aku penat simpan dan biar sahaja orang cakap apa yang mereka suka. tunduk dan angguk. aku bosanlah. bosan, kau tahu?

maka kali ini beri aku peluang untuk sakit hati yang teramat sangat. untuk cemburu membabi buta. kerana cemburu itu memang babi, memang menyakitkan hati.

kau berdampinglah dengan seramai mana perempuan kau mahu, selama ini pernah aku cemburu?sampaikan kau sendiri tanya, tak sayangkah aku sebab tak cemburu?

aku sayang kau sampai aku rasa nak mati, tahu tak. nak mati bila tak terima berita dari kau. faham?

aku sakit hati yang teramat sangat sebab bukan aku cemburu sangat tapi aku sakit hati sebab aku rasa sangat kau bukan kau yang aku kenal dulu. sampai aku rasa ada unsur bias antara kau layan perempuan tu dulu dengan kau layan aku.

kenapa? aku buat kau macam tu jugak kah?

dalam banyak-banyak lelaki yg muncul dalam hidup aku, kau lelaki pertama yang aku bangga-banggakan depan abah. kau lelaki pertama yang aku cerita dengan mak tanpa segan silu. kau lelaki pertama yang sentiasa aku sebut depan mak dgn abah. kau lelaki pertama yang buat kakak aku cemburu dengan aku. kau lelaki pertama yang aku rasa aku boleh harap, bawak aku masuk syurga. kau faham tak sekarang?

dan sekarang aku rasa macam tahi. kenapa perempuan-perempuan gedik macam tu wujud dalam dunia ni? macam. tahi.

aku perlu tidur. sekarang.

aku sangat marah sehinggakan entry kali ini ditaip menggunakan aku. nampak tak sekarang?

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting