Welcome!

Read at your own risk.

Friday, October 05, 2012

5.4.8.

Assalamualaikum.

semalam, genap setahun setengah.

dalam hubungan, dulu lah, naz kira satu-satu hari dari start couple kan. berapa bulan, berapa hari, berapa tahun. dulu la, zaman kecik2 remaja2 lah kononnya. sekarang dah tua sikit dah matang sikit. sikittttttt je lah. haha.

tapi, kira jugak lah. tapi takdak la over sangat. tapi semalam agak significant. sudah setahun setengah. sepanjang setahun setengah tu, macam-macam yang terjadi. dalam setahun setengah tu, kami lalui macam-macam. dan dalam setahun setengah itu juga, kami, mendewasakan diri sendiri dalam perhubungan ni.

naz bukanlah seorang yang baik, alim, jauh sekali yang betul-betul menjaga. jauh. tapi, naz cuba untuk mendekatkan diri dengan semua tu. langkah yg naz ambik memang nampak sikit, nampak kecik. pencapaian mungkin nampak sangat sedikit, sangat insignificant kat orang lain. mungkin orang tak nampak naz mencuba, tapi Allah, naz cuba. jaga hati, batas, semua tu. jaga ibadah, Alhamdulillah, setakat ni tak lepas lagi yang wajib. naz cuba, untuk jadi macam rakan-rakan naz yang selalu jadi inspirasi naz. namun naz tahu, untuk jadi seperti mereka, ambil masa yang lama.

sebab di sini, kita bukan hanya bercakap mengenai perkara yang dasar sahaja. bukan, bukan luaran sahaja. ya, cara berpakaian, pergaulan, ikhtilat dan sebagainya. semua tu, memang senang nak buat. tukar itu ini, senang kan? tapi, cuba kita selam ke dalam-dalamnya. soal hati. senangkah nak mengasuh hati? Rasulullah pernah bersabda, sememangnya amalan yang baik itu sangat sukar untuk dijadikan darah daging kita. solat, puasa, jaga ikhtilat dan sebagainya. memang susah untuk mengasuh hati. tapi kan, tak salah kalau kita mencuba kan? cubalah sikit-sikit dulu. biarlah perubahan tu sikit-sikit tapi berterusan. dan paling penting, berkekalan. asuh hati untuk jadi muslimah, dalam erti kata yang sebenar. bukan pakaian sahaja yg diukur, tapi cara kita berfikir, cara kita respons pada stimuli luar, cara kita bercakap, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, apa yang kita makan, apa yang kita lakukan. banyak lagi. benda kecik2 yang tidak pernah orang ambil kisah. ya, mungkin tudung labuh, kaki berstokin, nampak alim kan? secara dasarnya. tapi, cara bercakap? cara respons dengan stimuli luar contohnya gossip ka, apa ka? cara bekerja dengan orang lain? cara berfikir? horizon fikiran dan pandangan?

maka, cukupkah tudung labuh semata2 jika fikiran masih lagi tidak 'labuh'? kata-kata masih sama sepertimana sebelumnya? cukupkah semua itu?

ini pendapat naz. inilah horizon pemikiran naz. kerana bagi naz, perubahan itu tidak boleh diukur dgn cara pemakaian. jangan kata diri sudah berubah hanya kerana tudung sudah dilabuhkan. tapi, katakanlah diri sudah berubah jika horizon pandangan dan kotak pemikiran sudah diperluaskan. lihat sesuatu,analisis sesuatu, seiring dengan perubahan "tudung labuh" kita.

tadi bercakap mengenai 548 hari boleh tersasul kat benda cenggini plak kan? oh, mohon ampun pada yg rasa pendapat naz ni mengguris hati. jika anda rasa anda tidak dapat terima semua ni, dan rasa nak melenting, sila revise balik "tudung labuh" anda.

ohya, dunia memang kejam. tapi Allah adil. sentiasa.

1 gossip gossip:

Miyami said...

setuju!! labuhnya tudung tidak bermakna tingginya iman ssorang. takkan ada ukuran yang adil di mata manusia utk mengukur peribadi ssorang. Hanya Allah yang berhak.. tapi labuh tudung itu juga lambang keselamatan dan kehormatan perempuan. tahniah bagi perempuan yang sudah berhijab waima masih tidak sempurna. mansuia juga boleh berubahkan.

salam kenal :)

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting