Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, October 04, 2012

soal hati.

Assalamualaikum.

Khamis! dah minggu ke-4 lah. another 3 more months to go. cepatnya masa berlalu, kan?

soal hati?

susahnya kan, soal hati ni?

pertemuan tu, sekejap je. tak sampai setahun pun.cuma beberapa bulan je.

tapi, pertemuan sekejap itulah yang buat impak yang sangat sangat mendalam.

bagi dia.

dia, seorang yang sangatttt menjaga hatinya. agamanya.

fitrah manusia, andai cinta dicambahkan cinta dalam hatinya, maka sekuat manapun dia cuba untuk mengelak perasaan itu tetap ada. cinta kan anugerah lelaki.

fitrahnya, lelaki kurang satu tulang rusuknya dan perlu dia cari pemilik tulang rusuknya untuk sempurna dia sebagai seorang lelaki.

fitrahnya dia, dia juga rasakan dia sudah jumpa tulang rusuknya, lewat pertemuan-pertemuan sekejap itu.

dan pemilik tulang rusuknya itu (baginya, itulah dia) juga rasakan bahawa mereka saling melengkapi.

saling simpan satu rasa dalam hati. anugerah Allah, cinta dibenihkan dalam hati mereka.

dengan syarat : keterbatasan ruang waktu, kekangan jarak dan,

prinsip.

mereka punya prinsip. sebelum semai cinta manusia, biar bertunas dahulu cinta Allah.

kerana mereka mimpikan syurga, cita-citakan redha.

kerana keterbatasan itulah.

dengan jarak ribuan kilometer yang memisahkan.

dengan bebanan tanggungjawab yang saling memberati pundak.

mereka, diam. dan terus mengharap.

moga, tunas cinta Allah membantu untuk membajai cinta sesama mereka.

saudara, teruskan menunggu, doaku sentiasa untukmu. dapatkan dia, nanti, apabila kau sudah bersedia.

dapatkan dia, nanti, bila kau berkesempatan.

jangan. sekali. kali. lepaskan. dia.

dia mungkin pemilik tulang rusukmu.

salam sayang,
 ‏adikmu. 

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting