Welcome!

Read at your own risk.

Sunday, November 18, 2012

tips!

Assalamualaikum!

selamat hari ahad semuanya. naz baru sahaja menjejakkan kaki kembali ke kampus malam semalam. penat punya pasal, tido sampai setengah hari. nasib baik sempat subuh.

so, sejak dua menjak ni, macam-macam kes kecurian yang naz dengar. di kampus naz sendiri, masa cuti midsem seminggu tu, kes pecah masuk bilik, kes kecurian, macam-macam naz dengar. kat UKM pun dengarnya ada kes ragut. Di bentong sendiri, penjenayah tegar yang dah buat macam-macam jenayah macam rogol bini orang, pecah masuk rumah & rompak, and he even have his own fort kat tengah-tengah hutan. menakutkan! and semua mangsa rompak dia akan dibunuh dengan kejamnya. i suspect that particular man have mental issues or something.

but then we are not talking about the mental guy at Bentong. that guy has safely arrested by fellow police with help by the public.

now we are talking about the cases in UMP. kes kecurian berleluasa especially time cuti. memang waktu kemuncaklah kan sebab masa tu tak ramai orang kan.

so here some tips that might help you guys to survive and avoid your stuff get stolen.

1. SIMPAN LAPTOP&HANDPHONE BAWAH BANTAL
 masa tido, jangan letak laptop atas meja atau bak kata orang sabah "ampai-ampai". sebaiknya masa nak tido, off laptop then letak bawah bantal kita tido. that way, kalau ada orang masuk pun, mesti dia tak terfikir nak cari kat sana or kalau dia cuba nak amek pun mesti kita sedar kan? kalau letak atas meja, or loker, kemungkinan untuk the burglar to be very stealth that we don't even hear any sound is higher, so letak bawah bantal, agak selamat.

2. TUTUP TINGKAP MASA TIDUR
walau sepanas manapun malam tu, tidur mesti mau tutup tingkap okey! sebab kemungkinan utk burglar naik masuk ikut tingkap sangat tinggi. kes kecurian baru-baru ni yang melibatkan akak senior naz, pun pencurinya masuk ikut tingkap. tak sedar langsung pun. habis licin barang berharga kena curik. so, tidur, kena tutup tingkap. tak kisahlah korang duduk tingkat 20 sekalipun. pencuri ada je cara nak panjat panjat ni. mana tau dia belajar ilmu ninja-ninja ke kannn. and macam biasa, kunci pintu ketat-ketat ok

3. TENGOK KAKI
kalau ada orang ketuk pintu tengah-tengah malam buta, sebelum bukak pintu tu, tanya dulu siapa, kalau tak bunyi, bukak jugak, tapi instead of tengok muka, tengok kaki dulu. kalau macam tak kenal, cepat-cepat tutup. ni bukan nak bezakan hantu ke apa ke. kemungkinan untuk ilmu pukau dipraktikkan agak tinggi. base kepada hampir semua (bukan semua) ilmu pukau adalah eye contact. so elak eye contact to strangers. so sebelum kena pukau, sebab kita tengok kaki dulu, kita dah tutup pintu kan. so boleh elak la

4. SIMPAN SENJATA
err bukanlah pistol ye. bahaya plak. simpan macam, besbol bat ke, pepper spray ke. anything yang rasanya reachable and boleh make harm kepada pencurik. bukan kepada orang lain. kepada pencurik sahaja. and, masa jalan-jalan pun, make sure you bring around pisau lipat, or pepper spray or small minyak wangi dalam ur purse oke ladies~

5. PENDINDING DIRI
sebelum tidur, jangan lupa baca doa okey. baca tiga qul, ayatul qursi, alfatihah and doa tidur. mohon perlindungan dari Allah, semoga tidak terkena bahaya. pagarkan bilik dengan ayat yasin juga. mana tau pencuri guna unsur-unsur ilmu hitam kan. so boleh lah atleast halang kan~

so, harapnya tips-tips ni bolehlah membantu anda semua dari mengelak daripada kena rompak dan marabahaya~~

1 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting