Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, August 22, 2013

sudah jatuh ditimpa mangga.


buah mangga itu manis.

kalau dah masam, masam betul.

macam hidup ni sebenarnya manis.

kalau dah masam maksudnya ada yang kurang.




***

berkesempatan berbual dengan rakan lama, oh ya, rakan. tak perlu tahu selain dari itu. naz terasa senang berbual dengan beliau. beliau sentiasa tersengih dan hebat sekali buat 'corner' setiap kali soalan 'panas' diajukan kepada beliau. ada masanya sengaja naz tanyakan soalan yang buat dia kerut muka lepas tu sengih. kerang busuk punya sengih.

dengan bunyi he he he sekali.

Dia adukan perihal masalah hatinya. ada yang menghuni namun penghuninya itu sedang dilanda rajuk. aduhh. susah bercinta kalau dah merajuk-rajuk *yeah said the queen of sulk* teehee. katanya dia ingin sekali tengok penghuni hatinya itu cantik menutup. iyalah, zaman sekarang atas tutup bawah nampak, alah those sort of thing, naz malas nak explain lebih, I am not exactly that enclosed myself, someday insyaAllah, am taking baby steps forward so that I won't go backward. errr tersasar sudah disitu ya. back to topic. adalah usaha sahabat naz ni tadi nak menegur penghuni hatinya itu, bukan apa katanya, dia, lelaki, kalau nak cari isteri, bakal ibu pada anak-anaknya, bakal bunga di taman hatinya, kalau mahu cari yang elok menutup, yang cantik ibadahnya. ada tingkah sang penghuni hati yang tidak menepati cita rasanya. namun kerana sayang, ditahan jua.

well, naz tak tahu nak cakap macam mana, I used to be that girl before. nak berubah ke arah sesuatu yang baik ni memang susah sekali. ada masanya teguran orang tu terasa pahit sekali nak di telan. tapi naz seorang manusia yang sangatlah beruntung sebab ada rakan-rakan, sahabat sahabiah yang sentiasa menegur naz, tak pernah letih, tak pernah jemu. dan cara sahabat menegur pun terkena di hati.

well, apa yang naz boleh conclude adalah mungkin bukan kerana salah kita menegur, mungkin salah cara kita menegur.

berhenti dan perhati.

analisa dan betulkan gaya.

lain orang lain cara.

***

manusia di laman sosial semua soksek soksek tanya kenapa hari ini seorang nazirah ni suka sangat post benda yang menunjukkan bahawasanya hari ini adalah hari yang gloomy.

well.

kalau pagi-pagi dah kena hadap muka masam-masam.

lepas tu nak fikir soal duit dan wang.

memang gloomy sampai ke malam lah jawapnya

malam gelap lagi gelap.

apatah lagi pagi-pagi.

heh.

dunia je semua ni.

**mangga tiada kena mengena dengan yang hidup apatah lagi yang sudah berkahwin.


0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting