Welcome!

Read at your own risk.

Saturday, August 17, 2013

tarik tali

ada masanya memang kita nak orang rasa apa yang kita rasa, kita nak dia rasa apa yang dia buat dekat kita.

atau lebih tepat lagi,

balas dendam yang dalam fikiran kita sememangnya manis dan menyukacitakan. bagi kita.

ada masanya kita perlu jadi seseorang yang lebih tinggi dari dia yang menyakitkan.

dan dendam tidaklah semanis manapun.

kerana akhirnya kita yang juga terluka, kita juga yang menangis.

kerana kita, termasuk seorang Nazirah ini, terlalu duniawi hingga kita lupa kita milik illahi.

dan disitu kita lupa hakikatnya kita hidup bukan untuk memuaskan hati manusia lain tetapi untuk mencari redha si Pencipta.

apabila lupa hakikatnya hidup ini adalah bergelut mengejar Jannah, kita lupa kerana apa kita masih berdiri, kerana apa kita masih melihat bumi.

kembara ini kita tempuh penghujung jalannya biarlah syurga.

bukan kepuasan manusia.

dan seorang Nazirah ini tidak perlu hidup untuk memikirkan sakitnya hati dicorek rabak, di hentam dan dibelasah manusia yang sama layaknya mudah ditandingkan.


mudahan seorang Nazirah ini tidak lupa kembaranya adalah untuk meraih cinta yang tak tertandingkan.


kembara mencari diri sendiri dekat dengan illahi.


0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting