Welcome!

Read at your own risk.

Friday, August 16, 2013

of road less traveled.

haiz. Aku asyik gunakan writer block sebagai alasan membiarkan blog sendiri sepi. entry pun sebulan sekali muncul. kosong. kosong. kosong.

cuti pun berbaki beberapa minggu lagi. Malas rasanya bila terfikirkan badan dan jasad perlu kembali ke UMP sedangkan hati dan perasaan masih mahu disini, bersama keluarga. Penatnya berjauhan.

1
2 tahun lagi. cuma tinggal 2 tahun lagi. dan naz boleh kembali ke pangkuan keluarga. Lepas kerja setahun dua baru sambung master rasanya. bagi Mak Abah puas merasa duit naz dulu baru naz kembali bertempur di medan Sarjana.

2
rasanya tahun depan sampailah seru seorang Nazirah ni nak jadi isteri. kononnya begitulah. Jika jodoh tertulis, InsyaAllah. Abah dan keluarga pun dah bagi 'green light', tak perlu tunggu sehabis ijazah baru nak menamatkan zaman bujang. tinggal tunggu pihak si dia mengangguk tanda setuju. Doa kalian amatlah dihargai moga cepat manusia bernama Nazirah ini menjadi hak milik 'dia'. Moga dipermudahkan.

3
Kembara mencari di sendiri masih lagi jauh. terasa ada masa Naz kehilangan identiti sendiri. Lupa pada apa yang Naz inginkan dalam kembara ini. ada masanya naz terleka, terlupa dan terhanyut. terima kasih buat sahabat yang sentiasa sabar menarik Naz kembali pada arah yang benar.


teruskan mengembara.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting