entry kedua di hari yang sama.
bila dah rajin menulis sampai dua entry lah pulak kan.
faham tak ada satu perasaan ni, bila kita berkawan, lepas tu kita kenalkan kawan kita dengan orang lain, lepas tu kawan kita kawan dengan kawan kita tu lepas tu dia dah tak ingat ngan kita. faham tak?
tak faham tak apa.
bukan topik utama. cuma nak tanya sahaja. faham ke tidak.
hakikatnya aku baru sedar betapa cepatnya masa berlalu. sem kali ini sem paling aku rasa macam, eh dah nak habis dah. aku tak tahu apa yang aku buat sem ni, tup tup dah nak habis dah pun. macam2 sangat yang terjadi sampai aku tak boleh nak recall satu-satu.
tapi sem ni aku belajar bersukarelawan. haha. semua kerana banjir teruk yang melanda Pahang. Alhamdulillah, UMP tak terkesan sangat. so kami jadi hub sukarelawan sampaikan university admin siap bagi cuti sehari untuk buat gotong royong perdana.
dan sem ini jugak aku belajar berpilihan raya. banyak berada di belakang tabir pilihan raya kampus instead of jadi penonton seperti tahun2 yang sudah. dulu tak peduli satu apa pun pasal pilihan raya. turun mengundi sebab admin janji merit sampai 100 markah. kahkah. hujung sem tau tau dah ada MPP dah. tapi tahun kali ini aku berpeluang untuk berada di belakang tabir. walaupun tak bertanding, ramai rakan2 yang bertanding. roomate pun 2 orang bertanding jadi MPP, dua2 menang, Alhamdulillah. bagi aku pilihan raya adalah proses yang menarik. politik,secara umumnya adalah sesuatu yang sangat menarik.
tapi berada di belakang tabir juga menyebabkan aku sedar, it's so not me. aku faham dah kenapa aku tak pernah minat isu-isu politik ni. dah cuba berkecimpung, walaupun tak jadi ahli politik, jadi orang belakang sahaja pun aku dah rasa macam I'm not made to be a politician. serabut aih. I love talking to people, I love to lead, I love to help and improve but then, not for my own benefit. sebab itu yang aku belajar. orang dalam politik ni sanggup buat apa sahaja yang bagi mereka memberi keuntungan pada diri mereka. aku lihat bagaimana ada yang sanggup menggunakan agama sebagai alat untuk mendapat jawatan. berebut jawatan. kerana mentaliti kalau ada jawatan baru boleh buat perubahan, kalau ada jawatan baru boleh teruskan perjuangan. kalau tak ada jawatan, perjuangan sia-sia, tiada perubahan boleh dilakukan.
sebab tu lah aku cakap orang-orang politik yang gilakan jawatan ni hanya berfikir untuk keuntungan mereka sahaja.
jarang jumpa politician yang selfless. jarang sangat.
bagi aku, biarlah tak berjawatan, hakikatnya apabila kita buat sesuatu yang mngubah hidup orang menjadi lebih baik, adalah lebih bermakna.
to inspire.
aku ingin jadi seseorang yang orang lain boleh kata "dialah yang bagi motivasi aku untuk berjaya." bukan seseorang yang orang lain kata "Aku ikut je apa yang dia cakap, dia kan ketua."
sebab bagi aku, aku lebih look up orang yang macam tu, yang able untuk inspire aku. yang buat aku rasa aku pun nak berjaya macam dia. bukan kerana aku berjaya sebab dia yang suruh,sebab aku ikut kata dia.
Leading by example, for me is the best way.
maybe you guys yang gilakan jawatan can try it sometime, inspiring others.
percayalah, perasaan dia sangat lain.
percayalah, sebab aku pernah buat.
dan sampai sekarang aku masih terima kata2 dari mereka. "terima kasih, because you motivate me to do so. I'm here because I want to be like you. And I never regret that. for motivating me, thank you and I shall thank you for the rest of my life."
sekali sekala dengar yang macam tu best jugak, kan?
it keeps you alive.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip gossip:
Post a Comment
ha! melawan.