Welcome!

Read at your own risk.
Showing posts with label alimuddin. Show all posts
Showing posts with label alimuddin. Show all posts

Friday, November 04, 2011

tujuh per duabelas.

assalamualaikum.

Alhamdulillah. saya dah habiskan 7/12 daripada setahun bersama dia, En.A. terimakasih atas blog entry yang simple. tapi mengena di hati saya, sayang.

7 bulan bukan satu masa yang singkat.

nax dah kenal manusia bernama En.A ni dah dekat nak 2 tahun dan we've been in a relationship for 7 months.

and that's approximately 273 days.

the best 273 days of my life.

he has given me only the sweetest memories ever.

sayang, tak sabar nak betul-betul panggil awak husband saya.

:)

notakaki : nak dissapear selama seminggu lebih. selamat raya haji. elok elok balik kampung. jangan eksiden makan gulai daging ye~ ^^

Wednesday, October 05, 2011

From KL with ♥ : part I

Assalamualaikum.

Dengan bangganya nax nak memberitahu bahasawanya nax telah berjaya menyiapkan segala assignment yang perlu dihantar. Molecular Bio pnye lab report dah settle and assignment Enzyme Kinetics dah pun selesai dalam masa 3 jam. Rasa macam tak percaya pulak berjaya menulis 10 mukasurat tentang Enzyme Kinetics dalam masa 3 jam. sempat lagi nak menulis blog dan rasanya esok naz boleh main tenis dah. hehe. ada sorang kawan nax ni, Fitri janji nak ajar nax main tenis. yeay. kita nantikan apakah nasibnya apabila manusia bernama Nax ni memegang raket tenis dan juga bersukan. errk.

on the other subject, entry ni sebenarnya mengenai adventure nax ke KL hujung minggu yang lepas. tetiba plak melencong dengan kegigihan hati perasaan membuat esemen. saja jek nak membangga diri. ish ish. istighfar nax. tsk.

well, last weekend nax decided untuk turun KL. untuk apa? semestinyalah untuk melawat lelaki kegemaran nax, Awal Ashaari. dapat invitation untuk ngedet bersama dia. mesti Scha Al-Yahya jeles giler ngan nax kan? kitorang dating kat Midvalley, tengok wayang kat The Mines, shopping sakan kat Time Square. fuhh. memang weekend yang terbaik ah. rasa macam tak percaya dapat dating dengan awal ashaari. haish.

tak percaya? nah tengok gambar :


HAHAHA. percayalah sangat nax dating dengan Awal Ashaari. haha. dalam mimpi je la ek. setakat ni,mampu nak dating dengan En.A je. haha. setakat nak berangan-angan di siang hari tu boleh la ek. haha. ok ok. sudah sudah.

well, memandangkan minggu ni my turn to visit him, we planned to meet on Saturday morning. however, the plan changed as one of my classmate offer me to join her to KL. so kira tumpang lah kawan nax ni ke KL. perjalanan selama 2 jam dipenuhi dengan pelbagai perbualan. Oleh kerana KL ni memang terkenal dengan kesesakan yang gilekentang, makanya sampai ampang pkl 6.30, arrived safely kat UKM pkl 8.30. sadis sadis. huhu. 

keluar je dari kereta nampak muka En.A senyum tersengih-sengih menyambu nax. aww. I miss him. 2 minggu tak jumpa tau. haha. then he took me to Kolej Aminuddin Baki, where I'll be staying with one of my JPP acquantaince, Teyra.

The next morning, kitorang plan nak ke Midvalley dulu. so, dengan excitednya nax nak pergi sebab itulah kali pertama nax naik KTM! aww. my first ever experience hopping on a train and I experienced it with my loved one. wee. greatest moment ever! we camwhore like crazy in the KTM, regardless how packed the train is. excited to the max when we reached Midvalley. the so called Midvalley, from what he's explained to me before, Mid ni katanya besar dan sangat luas, bila masuk dalam, erm. indah khabar dari rupa, or adakah nax yang terover imagine sampaikan bila dah masuk Mid boleh underestimate plak. entahla. 

my first ever KTM's ticket! wee~

we had family dinner box for breakfast. muahahaha. **writing this entry makes me hungry. 

Bila tengok kat kaunter GSC kat bawah, fuhh, belum pkl 10 dah full dah orang beratur. so lepas makan, kitorang pun turun dan beratur nak beli tiket wayang. sambil tunggu, camwhoring dulu...



mula-mula kitorang plan nak tengok abduction, but then bila tertengok poster Dream House, nax pun buat muka takblehnakblah ngn En.A supaya kitorang tengok movie tu. so, we bought a couple seat and the movie start on 1.35. so we have enough time to tour the Midvalley.

Lepas tengok movie, kitorang gerak ke The Mines. sebab dah janji nak jumpa duorang kawan nax dari matrik dulu, Ziqah ngan Adam. so, kitorang zohor dulu then gerak ke The Mines. kat Mines plak lapar, so pusing punya pusing, nax decide utk makan kat Kenny Rogers sebab before ni tak pernah merasa kan. so nak merasa la kononnya.

bila tengok menu, mak aih. mahalnya! huhu. tutup mata je la order. so nax order Meat Bolognaise dan En.A order 1/4 ayam dengan 3 side orders. then he treat me some indulgences, chocolate moist cake. service sangat-sangat teruk dan pekerja nya agak kurang hajar. dah lah lambat order nak sampai, makanan plak fuhh tak sedap. my bolognaise is tasteless whereas En.A's chicken was too salty. such a waste. I even found a red plastic thingy in my bolognaise. fortunately the choc moist cake wasnt really a total let down. all and all, dinner at Kenny Rogers was the greatest waste I ever made. pfffffffffft.






huhu. still rasa bump gila dengan kemahalan dan ketidaksedapan makanan-makanan itu. tsk. lepas tu, kawan kitorang, Haziqah dengan Adam pun sampai then kitorang pun lepak2 kat KFC. 

so, setakat ni je la part I. hehe. nanti sambung ye..



Photobucket

Monday, September 26, 2011

butakah?

orang cakap.

cinta itu buta.

tak mengira paras rupa.

bila cinta dengan hati, maka cinta itu murni

bila cinta dengan nafsu, maka cinta itu keji.

cintalah,

dengan hati dan perasaan.

cintalah,

dengan hati dan perasaan.

***
orang cakap nax beruntung, dapat dia yang memahami. dapat dia yang sentiasa di sisi. dia dengar cakap, selalu call dan sentiasa care dengan nax. memang. nax tak nafikan semua tu.

makanya, apalah masalahnya? entahlah. rasanya tak elok nax ceritakan yang peribadi di blog ni. walaupun blog ni bersifat seperti diari harian nax, di dunia siber, banyak benda kita kena simpan sendiri. nanti jadi isu.

terfikir balik.

roomate nax cakap nax untung lah dapat dia. memang.

habis tu kenapa nax macam tak puas hati je? asyik ade bende yang tak mengena di hati nax.

bukan nax sengaja. tapi....

nax rindu.

nax rindu dia yang dulu. dia yang ego besar, yang panas baran, pantang dicabar. sangat seronok. berdebat, bertikam lidah. walaupun dulu dia suka buli nax sampai nax menitis air mata, nax tak kisah. malah nax rindu dia buli nax macam dulu-dulu. ada je benda yang dia nak tingkah tiapkali nax bersuara.

nax masih ingat lagi,

masa tu, nax takuttt sangat. sebab nax ada salah buat calculation untuk duit dalam satu projek besar kat matrik. entah macam mana duit tak cukup pulak. beratus-ratus pulak tu. nax takut sampai nax nangis kat cafe tu jugak. masa tu ada dia dan beberapa lagi orang kawan nax. dia cuba sedaya upaya untuk buat nax tak nangis. dia siap alihkan pandangan nax dari kawan nax yang deal dengan nax tentang perkara tu. tapi time tu nax takut sangat, makanya air mata menitis jugak. masa tu dia makan burger, dah habis dah. mungkin sebab dia nak alihkan perhatian nax, dia siap sumbat kertas balut burger tu dalam mulut dia. nax notice effort dia tu, and buat nax betambah-tambah sayang kat dia.

nax rindu nak tengok muka dia buat tak kisah, sedangkan nax tau dia kisah. buat macam dia tak peduli, hakikatnya dia tersangat peduli. dia la yang tolong nax dulu, time nax ada masalah dengan ex nax. dia la yang teman nax dulu time nax bosan. walaupun kitorang selalu gaduh, dialah yang rajin dengan nax membebel.

tapi sekarang?

nax rasa macam dia dah berubah. mungkin inilah sebahagian dari dia yang nax tak kenal lagi. nax cuba untuk terima, tapi mungkin makan masa.

sayang,

nax merungut bukan sebab nax dah tak sayang. bukan nax dah taknak hubungan kita ni.

kalau boleh, biarlah dia lah yang terakhir dalam hidup nax sampai nax diambik pergi oleh Allah.

nax marah sebab nax sayang hubungan ni.

nax tak nak hubungan ni sia-sia.


sayang...

ibebbbiuuuu :)




Photobucket

Thursday, September 22, 2011

Akhirnya boleh tido lena...

It's the quarter after 1 
i'm all alone and i need you know...
said i wont call but i cant take it i need you need..
and i dont know why i cant do without..
i just need you now..

***

erk. lagu di atas hanyalah iklan.

tsk.

I MISS HOME.

c.c En.A

Alhamdulillah boleh dah tarik nafas lega kerana akhirnya langkah terakhir dalam fasa peminjaman wang PTPTN sudah pun selesai. segala dokumen sudah disahkan,disemak,diconteng,distapler,di-un-stapler,distapler balik, dicop, ditick dan akhirnya diterima oleh pegawai PTPTN. terima kasih akak PTPTN walaupun anda nampak tidak ada mood, terima kasih kerana tidak meninggikan suara kepada saya yang pantang ditinggikan suara ini. 

lepas ni dah boleh tido lena. takpayah fikir pasal yuran pengajian yang belum bayar, dan alhamdulillah duit makan boleh lah tampung sikit2. so mak abah takpayah bagi banyak sangat. huhu. tak nak fikir pasal kisah pembayaran balik. doa kat Allah, mintak2 habis je pengajian ni, nax dapat kerja yang bagus-bagus and dapat disiplinkan diri untuk bayar balik PTPTN tu. dah kita pinjam, takboleh nak mengeluh pasal bayar balik, kita dah tau apa risk untuk pinjam PTPTN ni, kita dah sign, so apa pun complication lepas ni, kita kena terima. we're the one who put ourself to any complications come after the agreement. so, nak marah-marah ke apa bende ke tak payahlah. bayar je la.. dah kita pinjam kan. lumrah la, duit yang pinjam-pinjam ni susah sikit la procedure nya kan? lain lah duit yang kita EARN sendiri. memang senang hati la nak pegang dan dapatkan. tak payah nak lalui proses-proses susah macam ni. yang penting RAJIN dan USAHA.

hmm. Ya Allah, syukran jazilan. Alhamdulillah. Ya Rahman, Ya Rahim, terima kasih sebab mempermudahkan urusan nax. perjalanan proses penghantaran dokumen berjalan dengan lancar, dengan sedikit pembetulan je. Ya Allah, terima kasih.

En.A, terima kasih atas kesabaran anda melayani karenah nax yang moodswings pagi tadi. terima kasih, sebab faham dan sentiasa berdiri di belakang saya. thanks for the effort to make me smile. I'm sorry. I LOVE YOU SAYANG.



TERIMA KASIH.



Photobucket

Sunday, September 18, 2011

Semoga dia jodohku.

Assalamualaikum.

amaran : entry ini berbaur jiwang. sila tekan butang x di tepi tab anda jika tidak mahu membacanya.

diri ini tidak sempurna seperti Saidatina Aisyah.
Namun mendambakan zaujun yang gagah.

hati ini tidak semulia Asiah.
Tapi mengharapkan imam yang megah.

tingkah ini tidak seelok Rabiatul Adawiyah,
namun meminta ketua yang mahmudah.

hati ini.

perasaan ini.

jiwa ini.

tidak sebersih Sumaiyah, tidak seteguh Khadijah, tidak semurni Fatimah.

namun cinta ini, minta dimiliki

oleh dia yang seteguh Muhamad Al-Fateh, seberani Umar Al Khattab, semulia Abu Bakar As-Siddiq

tidak mengapa jika dia tidak sesempurna Rasulullah, kerana baginda tiada duanya.

cukuplah dia

yang meletakkan dunia di genggaman

dan akhirat di hati dan perasaan

di tiap tingkah dan kemahuan

di tiap niat dan keinginan

ada Allah dan akhiratNya.

***

Entry jiwang ini ditujukan kepada en.A. terima kasih. arigato. kamsahamida. pasti anda sedang mengharapkan entry panjang yang tipikal, penuh gambar dan juga huraian di setiap satunya. Biar hujung minggu kita menjadi rahsia kita berdua. biar manisnya pertemuan itu hanya kita yang merasainya. :)

Terima Kasih. atas kemahuan anda. atas kesudian anda, atas hujung minggu yang sangat bermakna. terima kasih atas segala penat lelah, susah payah anda. sanggup mengharungi 3 jam perjalanan merentas susur kerinduan. menemani di tiap keresahan. terima kasih atas semangat yang diberikan. paling penting, atas kesudian untuk membolehkan pertemuan itu diawalkan.

buat pembaca, jika ada, biarlah gambar yang bercerita.
















dan yang paling penting...



Muhammad Alimuddin Zafrullah,
InsyaAllah, hati & cinta ini adalah untuk mu.

Doakan kami. :)


Photobucket

Monday, July 11, 2011

seratus hari (:

**entry jiwang, sila sediakan baldi atau yang sewaktu dengannya untuk menyalut muntah hijau.tq.


seratus hari.

11 Julai 2011

110711

genap seratus hari.

ya nax kira.

dengan tekunnya.

sebab En.A tiada di depan mata.

buat naz rasa 100 hari macam 100 tahun.

buat nax jiwang berabis.

buat nax rindu yang teramat.

harapnya dapat uni sama.

rindu.

apa-apapun,

selamat ulang-hari-seratus-hari.

faham?


dalam seratus hari nax bersama Encik A,

selalu gaduh.

marah-marah.

nax buat dia marah.

dia buat nax marah.

jerit kat telefon.

merajuk taknak jawab telefon.

jawab telefon tapi tak cakap apa-apa.

bertelefon tapi nax diam.

Encik A pun diam.

tak reply SMS.

tulis SMS dengan CAPSLOCK untuk tunjukkan rasa marah.

gaduh gaduh.  

lepas tu ketawa sama-sama.

kongsi-kongsi cerita.

saling luah masalah.

dulu,

dia musuh nax.

kemudian dia bestfriend nax.

sekarang dia boyfriend nax.

insyaAllah lepas ni dia husband nax.

dan babah kepada anak-anak nax.

imam solat-solat nax.

peneman tidur-bantal-peluk-selimut-empuk nax

orang terakhir yang mengajarkan nax mengucap di hari kematian nax.

yang penting,

dia tetap musuh, bestfriend & boyfriend nax yang paling nax cinta.

salam seratus hari sayang ♥



Photobucket

Saturday, April 09, 2011

=)

***dalam entry ini saya jiwang.

uhm.

iya.

saya jumpa dia.

di sebalik kemalapan pandangan hati saya.

dalam kekeliruan saya.

saya terserempak dengan dia.

bahagian yang terbaik berkaitan hal ini adalah dia sudah berdiri di situ, didalam kotak hidup saya.

dialah yang sentiasa berdiri di sebelah saya.

dialah yang mengangkat saya ketika saya tersadung.

dialah yang menyapu debu di luka saya.

dialah yang meniupkan kasih sayangnya pada luka itu.

sehingga ia sembuh.

tidak berbekas.

terima kasih, dia.

dia,

saya tenung mata dia dalam dalam.

dan saya lihat ketenangan.

saya dengar setiap impiannya.

setiap bait kata-kata buat saya semakin hormat padanya.

jauh pandangannya mengatasi horizon pemikiran saya.

dia,

saya tenung mata dia dalam dalam.

dan saya lihat kasih sayang.

saya perhatikan setiap gerak langkahnya.

setiap derap jejak kakinya membawa saya semakin dekat pada Pencipta.

elok tarbiyahnya, mengatasi ilmu saya, seorang muslimah yang banyak cacat celanya.

dia,

saya tenung mata dia dalam dalam.

dan saya lihat persahabatan.

saya rasakan redup pandangannya menatap saya

setiap lirikannya menarik saya jauh ke dalam keindahan persahabatan.

kukuh ikatannya, mengatasi teguhnya binaan besi,
damai pembawaannya, melebihi tenangnya susur air lautan.

saya jatuh di atas kusyen empuk cintanya, jatuh teralas, maka saya tidak terluka.

saya ditarik jauh ke dalam kerinduannya, jalannya teratur, maka saya tidak tersesat.

kerana dialah sahabat terbaik saya dan InsyaAllah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasulullah.

saya bertuah memiliki dia di dalam hidup saya.

seribu ampun maaf atas kekurangan saya dan sejuta terima kasih kerana menyempurnakan kekurangan itu.



Photobucket

Tuesday, April 05, 2011

jangan tanya.

persoalan itu sudah terjawab.

jangan tanya kenapa :

Nazirah Al-Yahya is in a relationship with Muhammad Alimuddin.

jangan tanya.

sila jangan tanya.

It's complicated.


Photobucket


 

Template by Best Web Hosting