Welcome!

Read at your own risk.
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Semoga dia jodohku.

Assalamualaikum.

amaran : entry ini berbaur jiwang. sila tekan butang x di tepi tab anda jika tidak mahu membacanya.

diri ini tidak sempurna seperti Saidatina Aisyah.
Namun mendambakan zaujun yang gagah.

hati ini tidak semulia Asiah.
Tapi mengharapkan imam yang megah.

tingkah ini tidak seelok Rabiatul Adawiyah,
namun meminta ketua yang mahmudah.

hati ini.

perasaan ini.

jiwa ini.

tidak sebersih Sumaiyah, tidak seteguh Khadijah, tidak semurni Fatimah.

namun cinta ini, minta dimiliki

oleh dia yang seteguh Muhamad Al-Fateh, seberani Umar Al Khattab, semulia Abu Bakar As-Siddiq

tidak mengapa jika dia tidak sesempurna Rasulullah, kerana baginda tiada duanya.

cukuplah dia

yang meletakkan dunia di genggaman

dan akhirat di hati dan perasaan

di tiap tingkah dan kemahuan

di tiap niat dan keinginan

ada Allah dan akhiratNya.

***

Entry jiwang ini ditujukan kepada en.A. terima kasih. arigato. kamsahamida. pasti anda sedang mengharapkan entry panjang yang tipikal, penuh gambar dan juga huraian di setiap satunya. Biar hujung minggu kita menjadi rahsia kita berdua. biar manisnya pertemuan itu hanya kita yang merasainya. :)

Terima Kasih. atas kemahuan anda. atas kesudian anda, atas hujung minggu yang sangat bermakna. terima kasih atas segala penat lelah, susah payah anda. sanggup mengharungi 3 jam perjalanan merentas susur kerinduan. menemani di tiap keresahan. terima kasih atas semangat yang diberikan. paling penting, atas kesudian untuk membolehkan pertemuan itu diawalkan.

buat pembaca, jika ada, biarlah gambar yang bercerita.
















dan yang paling penting...



Muhammad Alimuddin Zafrullah,
InsyaAllah, hati & cinta ini adalah untuk mu.

Doakan kami. :)


Photobucket

Saturday, April 09, 2011

=)

***dalam entry ini saya jiwang.

uhm.

iya.

saya jumpa dia.

di sebalik kemalapan pandangan hati saya.

dalam kekeliruan saya.

saya terserempak dengan dia.

bahagian yang terbaik berkaitan hal ini adalah dia sudah berdiri di situ, didalam kotak hidup saya.

dialah yang sentiasa berdiri di sebelah saya.

dialah yang mengangkat saya ketika saya tersadung.

dialah yang menyapu debu di luka saya.

dialah yang meniupkan kasih sayangnya pada luka itu.

sehingga ia sembuh.

tidak berbekas.

terima kasih, dia.

dia,

saya tenung mata dia dalam dalam.

dan saya lihat ketenangan.

saya dengar setiap impiannya.

setiap bait kata-kata buat saya semakin hormat padanya.

jauh pandangannya mengatasi horizon pemikiran saya.

dia,

saya tenung mata dia dalam dalam.

dan saya lihat kasih sayang.

saya perhatikan setiap gerak langkahnya.

setiap derap jejak kakinya membawa saya semakin dekat pada Pencipta.

elok tarbiyahnya, mengatasi ilmu saya, seorang muslimah yang banyak cacat celanya.

dia,

saya tenung mata dia dalam dalam.

dan saya lihat persahabatan.

saya rasakan redup pandangannya menatap saya

setiap lirikannya menarik saya jauh ke dalam keindahan persahabatan.

kukuh ikatannya, mengatasi teguhnya binaan besi,
damai pembawaannya, melebihi tenangnya susur air lautan.

saya jatuh di atas kusyen empuk cintanya, jatuh teralas, maka saya tidak terluka.

saya ditarik jauh ke dalam kerinduannya, jalannya teratur, maka saya tidak tersesat.

kerana dialah sahabat terbaik saya dan InsyaAllah pemilik cinta saya selepas Allah dan Rasulullah.

saya bertuah memiliki dia di dalam hidup saya.

seribu ampun maaf atas kekurangan saya dan sejuta terima kasih kerana menyempurnakan kekurangan itu.



Photobucket
 

Template by Best Web Hosting