Welcome!

Read at your own risk.

Thursday, March 31, 2011

aku yang "sempurna"

aku ingin berlari, tapi kaki ini kudung.
aku ingin terbang, tapi sayap ini patah.
aku ingin berenang, tapi air ini keruh.

keterbatasan membuatkan aku sukar untuk menjadi hebat.

dan akhirnya aku tahu semua itu hanya alasan.

kau tahu, hidup aku sempurna. tiada kurang. apa yang aku mahu semua aku dapat, apa yang aku minta semua ada di genggaman aku. kerana kesempurnaan itu aku jadi manusia yang senang lupa. senang lalai. mudah leka. aku terus berlari dengan kaki sekuat kuda, jauh dari cahaya itu. sedangkan, aku sempurna, sempurna dengan hidayah tapi aku nafikan. dan aku terus hanyut.

sudah aku katakan aku sempurna, makanya aku mampu berenang semahunya, air sentiasa jernih dan mendamaikan tapi masih juga aku hanyut dan acapkali aku lemas. sempurnanya aku, dengan sayap yang utuh, aku mampu terbang bebas di langit, bebas tanpa sempadan, bebas tanpa walang. aku terbang jauh, dan terus jauh dari cahaya itu. nur itu semakin tidak kelihatan.

walau aku tahu, setiap perjalanan aku, waima ketika aku berlari, terbang mahupun berenang, di hujung kembara itu ada hukuman yang menanti kerana aku perlu membawa bersama nur itu di checkpoint tersebut tetapi aku tinggalkan ia dibelakang kerana ianya memberati ku. menyukarkan aku untuk bergerak. jika aku membawa nur itu maka aku tidak mampu berlari selajunya, berenang sedalamnya dan terbang setingginya. pergerakan aku terbatas kerananya, maka aku tinggalkan nur itu di garis permulaan jauh di sana.

sampai bila kembara ini berterusan? aku gembira, aku sempurna. tapi, hati aku tetap tidak tenang. aku mahu pergi jauh dan jauh, aku mahu kembara yang seronok dan seronok dan aku sedar aku tidak pernah merasa kepuasan dalam kembara ini. aku sedar, hati aku berlubang. tidak lengkap. aku rasa kosong. 

air itu sudah tidak biru lagi. aku nampak mendapan di bawahnya, keruh, menggelikan.

jalan itu sudah tidak lurus lagi, kotor berdebu. menjijikkan.

langit itu sudah tidak cerah lagi, gelap, awan hitam menutup sinar suria. menakutkan.

aku berhenti dari kembara ini. berkira kira.

haruskan aku lalui juga jalan jalan itu?

atau, haruskah aku berpatah balik?

mengutip nur itu kembali dan memulakan semula kembara ini?

di saat aku kewalangan, burung burung berkicau.

rumput rumput lembut menyapa.

ikan ikan berkumpul memberi petanda.

di saat aku kebingungan mereka beri jawapan.

mereka jadi peneman.

merekalah kawan.

makanya aku pusing kembali, tempuh lagi kembara itu.

tapi kali ini, walau duri yang aku pijak.

walau hujan yang aku redah,

walau ombak yang aku susuri,

perjalanan aku dipenuhi dengan ketenangan.

dan aku makin terasa lubang di hati ini semakin terisi.

aku makin terisi.

walau jauh nur tertinggal disana,

aku perlu berusaha.

kembali menggapainya. :)


Photobucket

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting