Welcome!

Read at your own risk.

Sunday, September 25, 2011

Adventurous Kuantan : The Sequel.

uhuk.uhuk. Assalamualaikum. 

batuk ni macam makin teruk. tapi yang peliknya kejap ada kejap takda. haish. kalau batuk confirm sampai berair mata. haish.

ok. takda kaitan langsung dengan tajuk entry. saja je nak buat korang kesian kat nax. muehehe.

ok back to our topic.

kalau korang ingat, nax ada buat satu entry yang bertajuk : "Adventurous Kuantan" kan?

ha yang kali ini adalah The Sequel for that adventure. kali ni tambah 3 orang pelakon utama dan jangka waktu adventure pun bertambah plus plus plus -.-

al kisahnya bermula apabila nax dan roomate nax dua orang tu si Asmah dan Ayu plan nak keluar. mula2 nax dengan Asmah je la, sebab ayu cakap dia tak bleh nak keluar sebab ada discussion sebab kawan2 se-lab dia baru bagitau pagi tu. tsk. sian dia, sorang2 je pompuan dalam team dia. tapi then tetiba kawan dia tunda pg malam pulak. so dengan sepantas kilatnya kitorang berkemas segala sebab jam dah 9.15, kitorang punya bas pukul 9.30. terbaikk kan? oleh kerana mak datin dua orang tu lambatt sangat, makanya nax pun keluar ke pejabat MPP nak beli tiket bas. nax bersama seorang lagi heroin kita iaitu........


the other Ayu, Noor Idayu Nashiruddin. hehe. dia classmate nax. seronok tau kitorang berempat keluar. huhu. nasib baik jumpa bas UMP yang terakhir utk pagi tu. kalau tak memang kena tunggu tengahari lah. sampai je kat kuantan, fuhhhhhhhhhhhhh. tersangat lah panas nyeeeeeee lahh haaiii. kalau letak telur kat atas jalan boleh masak tau tak. bukan setakat separuh masak, terlebih masak sudaaaa. huhu

kitorang decide nak pergi ECm je. ECM adalah East Coast Mall. seperti mana yang dikatakan oleh cik farahayu kita, mall tersebut masih baru lagi di kuantan. tak sampai setahun pun. so masih baru. orang pun tak ramai. sorry takde ambik gambar ECM tu. lain kali lah ye.

sampai-sampai je kat ECm kitorang terus cari tempat makan. lapar gilaaaaaa. jalan punya jalan, kitorang pun naik ke tingkat tiga dan terus menuju ke foodcourt untuk mencekik. lapar sangat nye pun sampai jalan pun dah tak peduli kat orangf lain. dalam lif sempat lagi ade sorang pakcik tu mengorat kitorang.

Pakcik : Lawa-lawa ni nak pergi mane?
Kitorang : nak jalan-jalan je.
Pakcik : Oh yekeeee

senyap.

tetibe...

Cemah : Kitorang lawa ke pakcik?

haha. sempat ko tanye soalan cenggitu cemah? terbaiklah. Pakcik, kitorang g mana2 memang lawa2 sokmo. nak g toilet pun lawa-lawa jugak. haha. sampai je kat food court, kitorang 4 bertebaran terkedek-kedek mencari makanan. gerai yang menjual makanan kat food court tu tak bnyak. so food choices pun tak berapa nak banyak la jugak. lepas tawaf lebih daripada 14 kali, makanya nax pun memilih untuk makan bubur ayam. fuhh. harga makanan kat situ sangatlah mahalnyeeee.

inilah bubur ayam yang sangat tidak sedap.

seriously nax tak rasa pun benda tu bubur. rasa macam nasi yang dimasak dengan terlebih air lepas tu letak air sup. serius tak sedap. sedap lagi bubur kat kafeteria yg nax and cemah makan malam semalamnya. huhu. and air tembikai nya pun sangat lah manisnya. huhu. oleh kerana lapar yang teramat sangat, maka nax makan jugaklah. dah lah mahal. overall expenses for breakfast that morning sum up to RM6.80. haish. mahal gile. bleh makan 2 kali tau kalau kat kafe tuh. haish.

si cemah and farahayu plak makan soto. punnn tak berapa nak sedap, kurang rasa and perencah nya. sikit je isi nye, harga bapak mahal.RM5.00 for a bowl of soto. haish. cekik darah giler.

semangat jer si Farahayu nih makan. the soto was a total let down. with the price that high, small quantity and lack of taste, there will be no more 2nd time for it. same goes to my bubur ayam. tengoklah senyum palsu cik farahayu kite tu. nampak sangat lahh taksedapnye ayu. fail ko nak jadi pengacara JJCM.

si Idayu plak makan roti dengan milo je. die punya expenses paling sikit hari tu. nyesal plak nax makan bubur tu. kalau tau, memang makan roti je la kan. tapi nax ni jenis yang hanya boleh kenyang kalau makan nasi. roti masih belum boleh memuaskan nafsu makan nax. muahahaha.

setelah masing-masing kenyang, kitorang pun gerak ke Cinema. plan nak tengok Johnny English Reborn. lepas selesai semua tu, kitorang merayap lah seluruh ECM tu. makanya, apabila dah merayap.... kitorang pun camwhoring sampai tak hengat dunia.

well, lepas ni, let's the pictures take turns to tell our stories ok!














lepas tu si idayu jmpe ngan boyf dia, tinggal la kitorang bertiga. then, teman kan cik cemah kite mencari baju die. nak pakai utk ke kelas katanya. pusing punya pusing. punyalah penat kitorang tunggu cik cemah kita beli baju akhirnya mission accomplish dan cik cemah kite bukan sahaja dapat sehelai malahan dua helai baju! mesti ko seronot gilerr kan cik cemah? nax pun tumpang seronot.
kemudiannya, kitorang dah penat pusing sampai nak tercabut lutut dan segala joints dan limbs kitorang, decide nak cari tempat duduk. so kitorang singgah kat Big Apple Donuts. nax order 2 types of donuts and chilled Green Tea. cik cemah kite plak order Melon(tembikai susu dalam omputeh ape ek??).ok fine aku kena brush up my english. tsk.

by all means, the Green Tea was a total let down, for it is tasteless. I pay RM4.50 for a tasteless Green Tea. what a waste. tsk. tsk.






**muka buruk nax yang takbolehnakblah sebab greentea yg tak sedap

cik cemah, org tamak selalu rugi tauuuu


tengok jam pukul 2, kitorang pnye movie start pukul 3.05. so decide nak pergi karaoke. yang takbolehnakblahnya, plan utk karaoke cancel sebab ambik masa 20 minit untuk cari tangga naik ke tingkat 4. haishhhh. entah macam mana bleh sesat. ECM punya sistem eskalator memang sangat mengelirukan. kitorang banyak buang masa dengan mencari eskalator sahaja. tsk.tsk.




Lepas tengok Johnny english, kitorang berebut-rebut nak beli barang and keperluan yang patut sebab nak kejar bas pukul 6 tu. penat2 jalan terkedek-kedek menuju ke tempat menunggu bas, hampehhhhh sangat-sangat sebab bas memang dah pack gile. dua dua bas memang dan sendat dengan orang. ikan sardin dalam tin pun tak compress macam tu. fuhh. memang sedey giler ahhh. lepas berurusan dengan abang driver bas tu, kitorang dapat maklumat bahawasanya ade lagi bas dari Pekan-Gambang-Kuantan. so, dengan penuh harapan, dengan visi dan misi yang teguh lagi berwibawa, kitorang pun bersidai di tepi jalan menunggu bas.


ok nak tau kenapa muka nax buruk gilerr macam tu?

alkisahnya..

huhu. alkisahnya, bila call lagi abang driver yg dikatakan akan ke Kuantan pada pukul 7mlm,dia cakap dia baru nak gerak dari Pekan ke Gambang pkl 8 mlm.aisehmen. sejam lebih la kitorang nak kena tunggu. fufufufufu. perut dah berbunyi, kaki dah penat, badan dah melekit. kitorang pun decide nak dinner kat restoren yang berdekatan. makanan gilee mahalll. so nax order maggie sup je la. haish. kesian kitorang.

around 8.30 pm baru laa bas menunjukkan batang hidungnya. yang takblehnakblahnye sekali lagi, kena tunggu sampai 9 lebih baru bas gerak. sampai kat kampus dekat nak pukul 10. lepas tu bergegas ke Astaka pulak sebab nak daftar kelab untuk dapatkan merit. dekat nak pukul 11.30 baru dapat jejak kaki ke bilik.

dan ketika itu barulah nax rasa bahawasanya KK3 C2 210 adalah "home sweet home". 

fuhh. panjang lah entry ni. nax sendiri malas nak baca balik. haha.

bytheway, Thanks to Asmah, Farahayu, dan Noor Idayu because you guys makes the long day feels fun and awesome. loveuguys.

P/S : I start to write this entry from 9.30 am and finally can publish it on 7.49 pm. thanks to Mr.A INSPIRON Mini for being so stubborn and being "not responding" every 5 minutes. =.=



Photobucket

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting