Welcome!

Read at your own risk.

Tuesday, November 29, 2011

business

assalamualaikum

business=kesibukan. bukan perniagaan. sila jangan salah faham.

mungkin nax sangat busy minggu ini mengalahkan seorang businessman, mungkin.

hujung minggu yang lepas dipenuhi dengan perbalahan.

perbalahan antara saya dan dia.
yang menyebabkan nax rasa nak fikir balik bab kahwin awal ni. haish. bukan senang, ok.
dan dia sanggup meredah 3 jam perjalanan untuk memujuk. terima kasih atas bunga itu, sayang.saya hargai walau saya balas dengan tamparan manja. hiks. sayang awak kuatkuat.

perbalahan fakta.
ohya minggu lepas baru join Debat Piala Naib Canselor. dapat maju ke separuh akhir sahaja. kalah dengan team EEES2. yang hebat hebat. bersyukur kepada Allah. dalam 6 match, team nax menang 4 kalah 2. Alhamdulillah. tak sangka dalam percubaan kali pertama melangkah ke pentas debat, nax berjaya maju sampai ke tahap ni. tapi sentiasa ingat diri sendiri supaya tidak terlalu berasa selesa dan teruskan belajar. rasanya banyak yang nax perlu improve.

untuk 30 days challenges, memang terpaksa di-halt. atas sebab kesibukan yang entah apapa.kuliah ada 19 hari lagi. hujung bulan 12 dah study week. 3/1/2012 adalah tarikh keramat. penentu usaha selama 4 bulan ini. final tak lama lagi. jangan leka nax, jangan leka.

seronok jugak, sebab tengok tiket flight yang dilekat kat noticeboard meja. wah! 16/1/2012! dah boleh tengok muka mak, muka abah, muka kakak kakak, adik adik dan anak anak buah.

banyak sangat perkara yang terjadi kat rumah.

1. si raksasa kecik Faqiot dah boleh jalan! tak sabar nak berlumba lari dengan si kecik tu.
2. abang nombor dua dah pindah ke Kuching. lepas ni nak mintak movie best dari siapa? :(
3. adik bongsu dah bujang! baru semalam(28/11) dia bersunat. dan menangis. adik bongsu kitorang dah bujang, dah takbleh layan macam baby baby lagi dah.

3 perkara yang nax terlepas. haish.

cepatnya masa berlalu. rasa macam baru minggu lepas nax mendaftar masuk ke universiti dan 7 disember 2011 nanti dah nak mendaftar kursus untuk sem depan. sesungguhnya masa tidak menunggu sesiapapun

ok lah. nax nak bersiap, nak turun beli roticanaisardin sebab perut dah berkonsert dan nak gagah naik c3 untuk ambik lab report.

pastikan semuanya OK! doakan nax. terimakasih :)

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting