Welcome!

Read at your own risk.

Wednesday, April 04, 2012

365 hari :')

assalamualaikum

terasa seperti baru semalam...

dia tersenyum penuh makna. dia berjalan seiring, berkongsi permasalahannya. terasa seperti baru semalam, rasa simpati itu bertukar dari sayang, tanpa sedar, menjadi cinta.

perasaan yang selama ini disangka "sayang seorang kawan" rupanya lebih dari itu.

terasa baru semalam hati ini membenci, mencemburui. namun "benci" itu, "cemburu" itu cumalah topeng sementara mengaburi "cinta" sebenar.

terasa seperti baru semalam, dia berbisik, di sebalik langsir pintu "markas" ; "naz, I LOVE YOU."

terasa baru semalam, dia, rakan terbaik, menjadi kekasih hati.

kini, 365 hari kemudian, dia masih lagi rakan terbaik && kekasih hati, yang semakin hari semakin hati ini sayang, semakin hati ini cinta.

Salam ulangtahun yang pertama, sayang. moga setahun jadi lima tahun, jadi 50 tahun, jadi selamanya :')

tak dapat hati ini membayangkan, hari hari tanpa awak sayang.

mungkin senyuman ini tidak akan lagi semanis semalam, jika esok awak tiada di sisi saya.  maka awak perlu berada di sisi saya, sampai bila-bila.

saya minta jangka-panjang, awak beri saya selamanya

saya minta kasih sayang, awak berikan cinta.

sejak 365 hari yang lepas, awak setia di sisi saya, tanpa terlepas waima sehari pun. terima kasih atas 365 hari yang terbaik yang pernah saya ada.

senyuman ini, hanya untuk awak, hanya kerana awak, hanya bersama awak.

I LOVE YOU, SAYANG.

us, 365 days ago. :')

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting