Welcome!

Read at your own risk.

Monday, April 09, 2012

waa! dan waaa! lagi.

assalamualaikum

waaa! sangat penat. pertengahan semester kedua dah bermula. baru habis cuti seminggu. sekarang kerja yang melambak-lambak jatuh satu persatu memberati pundak. sakit dada, semput semput!

dalam kelemasan mengharungi lambakan kerja yang berkumpul seperti lautan, sempat juga naz curi masa untuk mengemaskini blog. wah! kali ini ditulis dalam bahasa Malaysia standard ya, tiada pemerkosaan ejaan, insyaAllah. :)

dalam kepenatan mengharungi tugasan harian pada hari pertama minggu selepas cuti, naz cuba sedaya upaya untuk tak ingat pada Encik A. aduh! sekarang dah ingat. *nangis*

waaaa! (lagi)

En.A baru sahaja tiba di UKM beberapa jam yang lepas. sekarang dah rindu sangat. seminggu dihabiskan bersama, sangat bermakna. bukan selalu dapat berjumpa. bukan selalu dapat tengok muka dia hari-hari. sekarang dah rindu.

naz ni kan, seorang manusia yang suka makan dan juga suka tak habis makan. makanya, En.A telah dilantik sebagai "tong sampah" berdaulat. tukang habis makanan naz tak bergaji. pangkat paling tinggi dalam pekerjaan sewaktu dengannya. haha.

sekarang dia dah balik UKM, siapa nak sambung tugas dia? dan lebihan makanan itu pun menangis minta dihabiskan tapi naz tak mampu. makanya, naz melantik kucing-kucing comel untuk menggantikan tugas En.A tersebut. namun, kucing-kucing itupun tidak melakukan tugas sebaik En.A. en.A makan habis sampai licin pinggan, kucing-kucing ganti En.A cuma makan ayam, atau lebihan yang berperasa ayam. -.-'

waaaa! waaaa!

*nangis*

naz ni seorang manusia yang ego, air mata bagi naz adalah lambang kelemahan. dan naz tidak sukakan kelemahan. tapi, kerana En.A, hujan air mata naz dibuatnya. bukan air mata sakit hati, tapi air mata rindu. aduh! naz perlu perbaiki diri. biar air mata ini kerana Allah dan hanya untuk Allah sahaja. Ya Allah, ampunkan dosaku.

aduh! aduh! dan waaa! lagi.

kerja dah beratur tunggu minta disiapkan. maka sampai sini sahaja. semoga ada masa untuk menulis lagi.

doakan jodoh naz dengan dia ya! Ameen!

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting