Welcome!

Read at your own risk.

Saturday, September 22, 2012

Aaron Aziz, Fresh Flowers && Kahwin.

Assalamualaikum khalifah-khalifah Allah, hamba-hamba dan manusia ciptaannya :)

Jumaat kali ini berbusana baju muslimah biru putih yang dirembat masa club open day. 20 hengget terbang melayang mengucapkan selamat tinggal kat naz. berbaloi lah. susah nak carik baju muslimah yang murah. average harga mesti RM50-RM80. so dapat yang murah ni naz rembat la satu.

rasa macam benda ni my guilty pleasure plak

kannn. biru. macam dah banyak baju warna biru. tapi rasa berbaloilah beli kan. RM20. okfine. lepastukan terasa macam nak rembat lagi. jarang dapat cari tshirt muslimah murah-murah ni. makanya naz pun rembat lagi dua helai. warna coklat oren dgn warna kelabu. lengkap dah busana muslimah, gittew. haha.

lepastu, tengah hari buta lepas kelas microb, batch kitorang ada photoshoot session plak. oh, satu tahun dah degree, memang batch kitorang tak pernah lagi amek gambar ramai-ramai. so dengan panas teriknya, kitorang pun terkidik-kidik la ke gelanggang tenis untuk sesi photoshoot. ada dua sesi, first session is formal shoot. so semua bajet ayu bajet macho, duduk kaki rapat tangan kiri atas tangan kanan gittew. semua buat senyum fake, senyum terpaksa tahan kerut di terik panas matahari. tiga kali snap and we are done with the formal session. lepas tu candid plak. macam-macam prop dah dorang bagi. naz pun tak tahu nak pose cmna. pose jelah apa yang mampo kannnn. sambil-sambil tu buat photoshoot sorang-sorang. hasilnya?

inilah kekdahnya kalau perasan budak tadika
yang tu cerita tengah hari. balik bilik lepas zohor terus layan Nora Elena. rindu kat Aaron Aziz tau. hukhukhuk. angau dah ni. kenapalah dia hengsem sangat. Biar jadi Hariz ke, Seth Tan ke, Adam Mukhriz ke, kerana Aaron Aziz la manusia bernama Syarifah Nazirah boleh layan drama melayu yang cliche tak berabis tu. naz hanya akan tengok drama melayu kalau ada Aaron Aziz je. so kalau dia takdak, takyah tanyalah, naz memang tak tahu. hihihik.

tengah best-best layan tengok Seth Tan surprisekan Nora Elena dengan berbouquet-bouquet fresh roses dalam boot kereta dia, tetiba si Ayu masuk bilik. dia turun kat bawah sebab bf dia nak jumpa. yelah, kisah cinta penuh ranjau duri kan, tengah zaman drama air mata, so bf dia datang jauh dari Indera Mahkota nak melutut mintak maaf lah kononnya *sedar nada jeles disitu?

sebelum turun, ayu ada cakap, "satgi aku naik bawak fresh flower jugak kang." dengan nada bergurau dan naz pun angkat kening buat muka tak percaya. sekali dia naik betul-betul bawak fresh roses. dari bf dia dengan 2 bars of cadbury. okfine masatu naz memang speechless. sebab rasa macam drama yang naz tengok dengan drama live depan mata dah bercampur aduk dah. rasa macam naz dah tak dapat nak bezakan, rasa macam apa yang berlaku depan mata dah intergrate sekali dalam drama Nora Elena tu sampai buat naz blur tak tahu nak react camna. *apasal plak naz yang nak react berlebih kan?*. lepas tu si Ayu ni cerita punya cerita, boleh pulak dia banjir. makin naz blur. bila tengok orang nangis tetiba respons stimuli naz terhadap benda tu jadi blunt, tak tahu nak respons macam mana dah. dah speechless yang amat. 

dahtu boleh plak alihkan kaki si Ayu tu dari pintu, tutup pintu lepas tu grab her bouquet of roses. haha. rasa macam awkward yang teramat je masa tu. for the first time, i dont know how to react to that kind of situation. sudahnya naz biarkan je lah Ayu kat depan pintu lepas tu pergi belek-belek bunga tu. bukan jeles tau uol, she deserve it. atleast dah boleh tengok dah makcik tu senyum-senyum, tak gila dah macam sebelum ni kannnn. menangis pun air mata gembira, i'm glad. hihik.

ni lah roses tu. fresh tau! 3 roses to be exact

3 kuntum bunga : I LOVE YOU. lomentik. hihik. i'm glad and tumpang happy buat Cik Ayu kita ye, atleast she have her perfect happy ending. walaupun tak ending sangatlah kan, atleast ala-ala drama akasia gittew kan. hihik.

lepas tu, malamnya plak keluar dengan si Fitri plak. dinner kat McD plak. seriously burger Samurai sedap sangat. sapa-sapa yang tak cuba lagi, silalah cuba. five shiny little star for samurai burger. sodappp. bila keluar dengan Fitri ni kan, mesti topik perbincangan kitorang akan menjurus kepada sesuatu yang sangat serius. mak aih, kali ni cerita pasal kahwin pulak. yelah, sedar diri ni dah 20 tahun dah, dah patut bincang benda macam ni.

bila fikir balik kan, rasa macam sekejap je kan masa ni berlalu? dah setahun naz lalui di bumi pahang ni. dah setahun kenal Ayu, kenal Maryam, kenal Fitri. dah setahun persahabatan kitorang kan? rasa macam baru semalam melangkah ke alam Ijazah Sarjana Muda. sekarang, tinggal lagi tiga tahun. dan rasanya, tiga tahun tu akan berlalu dengan cepat. pejam celik pejam celik, naz dah jadi Mrs. Alimuddin. who knows kan? Aameen! :)

faces of happiness. may this happiness stay forever. :)
well, macam dah panjang membebel. masa untuk layan hero kesayangan saya. makanya, selamat malam dan selamat berhujung minggu!

1 gossip gossip:

ckynnogha78 said...

Crita ya nang best! Follow mine dear. //www.myhabibysuperb.blogspot.com

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting