Welcome!

Read at your own risk.

Wednesday, December 04, 2013

Millions dollar and kilos of gold.

If I were to be given Millions of dollar.

or hundreds kilograms of gold.

or all valuables in this world.

and I were to use that to pay for my parent's effort of taking care of me for 21 years.

It would never be enough.

Although you times that amount to thousands, even millions,

nothing can ever repay their kindness and their effort in bringing me up all this years.

thanks Abah, thanks Mak.



Agak terharu sebab tadi Abah telefon, sebab lepas tengok berita TV3. macam-macam soalan Abah tanya, cukup tak bekalan makanan, bilik masuk air tak, bahaya tak? jangan keluar bilik, macam-macamlah.

terdengar suara bingung Mak di sebelah. macam-macam juga soalan yang dilemparkan. Takut benar akan keadaan anaknya yang seorang ini.

Aduh, rindunya.

Bila difikirkan, pernah suatu masa tu, Abah bagitahu aku.

Janganlah membesar cepat sangat.

Masa tu aku baru lepas matrik, and aku bagitahu dia aku nak kahwin awal. berat hati dia nak lepaskan aku.

katanya, kalau boleh seumur hidup dia mahu aku jadi anak manjanya.

aku faham.

Selama ni aku suka rebel. aku suka memberontak.

tapi, dah besar sikit dah fahamlah pentingnya Mak dan Abah tu macam mana.

Bila teringat balik conversation tiga tahun lepas itu, baru aku tersedar sesuatu.

Aku nak sangat kahwin awal.

Aku lupa, bila aku kahwin, aku bukan lagi anak manja abah. aku bukan lagi bidadari abah. Aku dah jadi bidadari orang lain.

Mesti abah sedih nak lepaskan aku, aku yang dia jaga selama 21 tahun, nak bagi ke tangan orang lain.

Macam korang simpan barang kesayangan korang and it's time for you to let it go to someone else, mesti rasa berat hati kan?

sebab tu Abah selalu suruh aku study tinggi2 dulu baru boleh kahwin. Dia siap cakap, atleast kena ambik Masters dulu baru boleh kahwin--tu sebelum dia jumpa Alimuddin lah. Lepas jumpa Alimuddin dia suruh kitorang kahwin lepas degree.

tapi sejak dua menjak ni dia selalu tanya soal kahwin kat aku. katanya risau dia tinggalkan anak daranya sorang-soraang di perantauan takda penjaga. Dia tak sanggup tengok aku sensorang tanpa guardian. Dia selalu tanya, jadi tak dengan Alimuddin tu, kalau tak jadi, cakap awal-awal, nanti Abah aturkan.

Jodoh itu, bukan aku yang pegang, selalu cakap macam tu kat Abah.

Bila fikir balik, kalau kahwin cepat,tak boleh manja2 dengan mak abah dah.

tapi.

Perlu kahwin cepat.

perlu.

doakan ya.

doakan cepat itu betul-betul cepat.

tak elok rasanya begini.

kalau dah kahwin nak sweet-sweet dengan dia tak lah rasa bersalah sangat, kan.

Ye, aku rasa bersalah.

aku sedar lah jugak.

bukan tak sedar.

tolongla faham.

0 gossip gossip:

Post a Comment

ha! melawan.

 

Template by Best Web Hosting